iPhone dan Apple Watch Ultra menunjukkan skrin penyelarasannya.

Langkah pertama

Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Apple Watch Ultra anda dalam beberapa minit.

Lihat Mulakan

Latihan berlari sedang dijalankan menunjukkan masa berlalu latihan, zon yang anda sedang berada, kadar jantung, masa dalam zon dan purata kadar jantung.

Teroka had

Apple Watch Ultra, Apple Watch paling tahan lasak dan berkemampuan ialah alat serba boleh yang direka bentuk untuk membantu anda berlari dalam perlumbaan terpanjang anda, meneroka daerah terpencil dan menyelam di laut dunia.

Lihat Apple Watch Ultra, dibina untuk kegiatan luar

Skrin Latihan dengan latihan Berbasikal Luar diserlahkan.

Gerakkan badan anda

Apple Watch Ultra boleh menjejak aktiviti dan latihan anda dan menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang lebih aktif menerusi peringatan lembut dan pertandingan persahabatan.

Lihat Kekal cergas

Skrin Kadar Jantung Tinggi menunjukkan pemberitahuan yang kadar jantung anda meningkat melebihi 120 BPM semasa anda tidak aktif selama 10 minit.

Jejak kesihatan anda

Apple Watch Ultra boleh membantu anda menjejak maklumat kesihatan yang penting, termasuk kitaran haid anda, kadar jantung tinggi dan rendah serta ritma jantung yang tidak tetap. Anda juga boleh mengambil rakaman ECG untuk menyemak ritma jantung anda menggunakan app ECG pada Apple Watch Ultra.

Lihat Jejak maklumat kesihatan penting

Perbualan mesej. Butang App dan medan mesej berada di bahagian bawah.

Berhubung

Dengan app Mesej, Mail, Telefon dan Walkie-Talkie, mudah sahaja untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Lihat Kekal bersambung

Untuk melayari Panduan Pengguna Apple Watch Ultra, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.