Uruskan seting Apple ID anda pada Apple Watch Ultra
Anda boleh melihat dan mengedit maklumat yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Anda boleh menambah dan mengedit maklumat hubungan anda, menukar kata laluan anda, menambah nombor telefon dipercayai dan banyak lagi.
Edit maklumat peribadi
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik [nama anda], ketik Maklumat Peribadi, kemudian lakukan mana-mana yang berikut.
Edit nama anda: Ketik nama anda, kemudian ketik Pertama, Tengah, atau Akhir.
Tukar hari lahir anda: Ketik Hari Lahir, kemudian masukkan tarikh baharu.
Dapatkan pengumuman, pengesyoran, atau surat berita Apple News: Ketik Keutamaan Komunikasi. Anda boleh mengaktifkan pengumuman; pengesyoran untuk app, muzik, TV dan banyak lagi; atau mengikut serta Surat Berita Apple News.
Uruskan kata laluan dan keselamatan Apple ID
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik [nama anda], kemudian ketik Daftar Masuk & Keselamatan.
Nombor telefon dan alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda disenaraikan, bersama dengan statusnya—contohnya, Utama atau Disahkan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Keluarkan alamat e-mel yang disahkan: Ketik alamat, kemudian ketik Keluarkan Alamat E-mel.
Tambah alamat e-mel dan nombor telefon: Ketik Tambah E-mel atau Nombor Telefon, pilih untuk menambah alamat e-mel atau nombor telefon, ketik Seterusnya, masukkan maklumat, kemudian ketik Selesai.
Tukar kata laluan Apple ID anda: Ketik Tukar Kata Laluan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Edit atau tambah nombor telefon dipercayai: Ketik Pengesahan Dua Faktor, ketik nombor telefon dipercayai anda, sahkan apabila digesa, kemudian ketik Keluarkan Nombor Telefon—jika anda mempunyai hanya satu nombor dipercayai, anda mesti memasukkan nombor baharu sebelum anda boleh memadamkan nombor semasa. Untuk menambah nombor telefon dipercayai tambahan, ketik Tambah Nombor Telefon Dipercayai.
Dapatkan kod pengesahan untuk mendaftar masuk pada peranti lain atau di iCloud.com: Ketik Pengesahan Dua Faktor, kemudian ketik Dapatkan Kod Pengesahan.
Tukar seting “Daftar masuk dengan Apple” untuk app atau tapak web: Ketik Daftar masuk dengan Apple, kemudian pilih app. Ketik Henti Menggunakan Apple ID untuk menyahkaitkan Apple ID anda daripada app. (Anda mungkin diminta untuk mencipta akaun baharu kali seterusnya anda cuba mendaftar masuk dengan app.)
Sembunyikan alamat e-mel anda: Ketik Majukan Kepada, kemudian pilih alamat.
Pilihan ini membenarkan app untuk menghubungi anda tanpa menyimpan alamat e-mel sebenar anda. Apabila anda memilih pilihan ini, Apple mencipta alamat e-mel rawak yang unik untuk anda dan sebarang e-mel yang dihantar daripada app ke alamat ini dimajukan ke alamat peribadi yang anda pilih.
Lihat status Kunci Pemulihan: Ketahui jika anda telah menyediakan Kunci Pemulihan untuk Apple ID anda.
Dengan pengesahan dua faktor dan peranti Apple, anda boleh mempunyai pilihan untuk menjana kunci pemulihan pada iPhone, iPad atau Mac anda untuk membantu meningkatkan keselamatan akaun. Jika anda perlu mereset kata laluan, anda kemudian boleh menggunakan kunci pemulihan anda untuk mendapatkan semula akses kepada Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple, Sediakan kunci pemulihan untuk Apple ID anda.
Lihat dan urus langganan anda
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik [nama anda].
Ketik Langganan, kemudian skrol ke bawah untuk melihat langganan aktif dan tamat tempoh anda.
Ketik langganan untuk melihat kos dan tempoh langganan serta menukar pilihan langganan.
Ketik Batalkan Langganan untuk membatalkan langganan anda.
Nota: Sesetengah langganan mesti dibatalkan pada iPhone anda.
Anda boleh melanggan semula langganan yang telah tamat tempoh dengan mengetiknya, kemudian memilih pilihan langganan seperti secara bulanan atau tahunan.
Lihat dan urus peranti anda
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik [nama anda].
Skrol ke bawah, kemudian ketik peranti untuk memaparkan maklumat tentangnya.
Ketik Keluarkan daripada Akaun jika anda tidak mengecam peranti.