Sediakan Apple Watch Ultra menggunakan VoiceOver
VoiceOver boleh membantu anda menyediakan Apple Watch Ultra anda dan memasangkannya dengan iPhone anda. Untuk membolehkan VoiceOver bertutur, sentuh dan tahan paparan, kemudian gerakkan jari anda di sekeliling atau leret ke kiri atau kanan. Dwiketik untuk mengaktifkan item yang diserlahkan. Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan VoiceOver dengan Apple Watch Ultra anda, lihat Gunakan VoiceOver pada Apple Watch Ultra.
Sediakan Apple Watch Ultra menggunakan VoiceOver
Jika Apple Watch Ultra anda tidak dihidupkan, hidupkannya dengan menahan butang sisi (di bawah Digital Crown).
Pada Apple Watch Ultra anda, aktifkan VoiceOver dengan mengklik Digital Crown tiga kali.
Dekatkan iPhone anda dengan Apple Watch Ultra anda.
Pada iPhone anda, pilih Teruskan, kemudian dwiketik.
Pada iPhone anda, ketik Sediakan Apple Watch Ultra, kemudian dwiketik.
Untuk mencuba berpasangan automatik, halakan kamera iPhone ke jam dalam jarak 6 inci.
Apabila anda mendengar pengesahan pemasangan, ikuti gesaan bertutur. Jika anda mengalami kesulitan, anda boleh mencuba berpasangan manual; ikut langkah 7 sehingga 13.
Pada iPhone anda, pilih butang Pasangkan Apple Watch Secara Manual, kemudian dwiketik.
Pada Apple Watch Ultra anda, pilih butang Info di penjuru kanan bawah, kemudian dwiketik.
Pada Apple Watch Ultra anda, pilih ID Apple Watch Ultra anda berdekatan bahagian atas skrin. Anda akan mendengar pengecam unik untuk Apple Watch Ultra anda—ia seperti “Apple Watch 52345”.
Pada iPhone anda, pilih pengecam yang sama ini, kemudian dwiketik.
Pilih kod berpasangan enam digit pada Apple Watch Ultra anda untuk mendengarnya.
Masukkan kod berpasangan daripada Apple Watch Ultra anda pada iPhone anda menggunakan papan kekunci.
Apabila pemasangan berjaya, anda akan merasakan ketikan daripada Apple Watch Ultra dan anda mendengar “Apple Watch anda dipasangkan”. Jika pemasangan gagal, ketik untuk membalas isyarat. Apple Watch Ultra anda dan app Apple Watch pada iPhone anda akan mereset supaya anda boleh cuba lagi.
Pada iPhone anda, pilih Pulihkan daripada Sandaran atau Sediakan sebagai Apple Watch Baharu, kemudian dwiketik.
Ikut gesaan dituturkan untuk terus menyediakan Apple Watch Ultra anda.
Apabila anda melengkapkan persediaan, Apple Watch Ultra diselaraskan dengan iPhone anda. Ini mengambil sedikit masa—ketik Kemajuan Penyelarasan pada iPhone anda untuk mendengar kemajuan. Apabila anda mendengar “penyelarasan selesai” Apple Watch Ultra anda sedia digunakan, memaparkan muka jam. Leret ke kiri atau kanan untuk menerokai ciri muka jam.