Tambah muzik pada Apple Watch Ultra
Apabila anda menambah muzik ke Apple Watch Ultra, anda boleh mendengarnya di mana-mana sahaja anda pergi, walaupun anda tidak mempunyai iPhone bersama anda.
Anda boleh menambah senarai main dan album khusus ke Apple Watch Ultra anda menggunakan app Apple Watch pada iPhone anda. Jika anda pelanggan Apple Music, anda juga boleh menambah muzik dengan app Muzik terus pada Apple Watch Ultra anda.
Anda tidak perlu memilih muzik khusus untuk ditambah pada Apple Watch Ultra anda jika anda pelanggan Apple Music. Muzik yang anda baharu dengar ditambahkan secara automatik. (Jika anda belum mendengar apa-apa, muzik yang disyorkan oleh Apple Music ditambahkan.)
Tambah muzik menggunakan iPhone anda
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Muzik.
Di bawah Senarai Main & Album, ketik Tambah Muzik.
Navigasi ke album dan senarai main yang anda mahu selaraskan dengan Apple Watch Ultra anda, kemudian ketik untuk menambahnya ke baris gilir Senarai Main & Album.
Muzik ditambah apabila Apple Watch Ultra berada berdekatan iPhone anda.
Petua: Gunakan app Muzik pada iPhone anda untuk mencipta senarai main khusus untuk muzik yang anda mahu dengar pada Apple Watch Ultra anda—contohnya muzik yang mendorong anda semasa latihan. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mencipta senarai main dalam app Apple Music.
Tambah muzik menggunakan Apple Watch Ultra anda
Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh menambah muzik menggunakan Apple Watch Ultra anda.
Buka app Muzik pada Apple Watch Ultra anda.
Pada skrin Laman Utama, navigasi ke muzik yang anda mahu tambahkan.
Atau, daripada skrin Laman Utama, ketik , ketik Cari, kemudian cari muzik untuk ditambahkan.
Ketik senarai main atau album, ketik , kemudian ketik Tambah ke Pustaka.
Mesej yang mengesahkan bahawa item telah ditambahkan.
Nota: Anda boleh menstrim muzik yang anda tambah ke Apple Watch Ultra apabila anda mempunyai sambungan internet. Untuk memainkan muzik apabila anda tidak bersambung ke internet, anda mesti memuat turunnya dahulu.
Untuk memuat turun muzik ke Apple Watch Ultra, ketik lagi, kemudian ketik Muat Turun.
Nota: Memuat turun muzik apabila Apple Watch Ultra anda tidak disambungkan ke sumber kuasa menggunakan lebih banyak cas berbanding biasa.
Tambah senarai main latihan ke Apple Watch Ultra
Anda boleh menambah senarai main daripada pustaka muzik anda yang dimainkan secara automatik apabila anda memulakan latihan dalam app Latihan pada Apple Watch Ultra.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Latihan.
Ketik Senarai Main Latihan, kemudian pilih senarai main.
Senarai main ditambahkan ke Jam Saya > Muzik dalam app Apple Watch pada iPhone anda.
Nota: Senarai main latihan tidak dimainkan jika anda sedang mendengar muzik atau audio yang lain.