Berlatih bersama-sama menggunakan SharePlay
Latihan Kumpulan, dikuasakan oleh SharePlay, membolehkan anda dan sehingga 32 orang kegemaran anda untuk berlatih bersama-sama. Anda boleh memulakan panggilan FaceTime pada iPhone atau iPad anda, kemudian mulakan Latihan Kumpulan dalam app Kecergasan.
Latihan dimainkan secara selaras dengan semua orang pada panggilan dan semua orang boleh mengawal main balik daripada peranti mereka—jadi anda dan rakan anda boleh menyorak antara satu sama lain, melihat apabila seseorang menutup gelung Aktiviti dan mendapatkan pemberitahuan apabila seseorang mendahului kumpulan pada Bar Bakar semasa latihan HIIT, Treadmill, Berbasikal dan Mendayung.
Latihan Kumpulan dengan Apple Fitness+ memerlukan satu daripada peranti Apple berikut: iPhone dengan iOS 15.1 atau lebih baharu, iPad dengan iPadOS 15.1 atau lebih baharu, atau iPod touch dengan iOS 15.1 atau lebih baharu. Main balik pada Mac memerlukan macOS 12.1 atau lebih baharu. FaceTime, sesetengah ciri FaceTime dan perkhidmatan Apple lain mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau, serta ciri mungkin berbeza mengikut kawasan.
Untuk mengetahui cara menyediakan SharePlay pada iPhone atau iPad, lihat Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad.
Gunakan FaceTime untuk memulakan Latihan Kumpulan pada iPhone atau iPad
Mulakan panggilan FaceTime.
Buka app Kecergasan pada iPhone atau iPad. Kemudian, jika anda berada pada iPhone anda, ketik Fitness+.
Jika anda tidak mempunyai app Kecergasan pada peranti, anda boleh memuat turunnya daripada App Store.
Pilih latihan, mulakan latihan, kemudian ketik SharePlay untuk memulakan latihan dengan semua orang pada panggilan. (Untuk menyertai Latihan Kumpulan, orang lain pada panggilan mungkin perlu mengetik Buka apabila digesa untuk menggunakan SharePlay.)
Untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses, latihan mula bermain pada masa yang sama. Orang yang tidak mempunyai akses diminta untuk mendapatkan akses (menerusi langganan atau percubaan percuma, jika tersedia).
Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti mereka (termasuk Apple Watch Ultra) untuk memainkan atau menjedakan latihan.
Untuk menamatkan latihan sebelum ia selesai, ketik X di penjuru kiri atas skrin iPhone atau iPad. Pada Apple Watch Ultra, leret ke kanan, kemudian ketik Tamat.
Mulakan Latihan Kumpulan dalam app Kecergasan pada iPhone atau iPad
Buka app Kecergasan pada iPhone atau iPad. Kemudian, jika anda berada pada iPhone anda, ketik Fitness+.
Jika anda tidak mempunyai app Kecergasan pada peranti, anda boleh memuat turunnya daripada App Store.
Pilih latihan, ketik , kemudian ketik SharePlay.
Dalam medan Kepada, masukkan kenalan yang anda mahu membuat latihan bersama, kemudian ketik FaceTime.
Apabila panggilan FaceTime disambungkan, ketik Mari Mulakan.
Penerima mesti mengetik tajuk latihan di bahagian atas kawalan FaceTime, kemudian mengetik Buka untuk menyertai dalam latihan. Untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses, latihan mula bermain pada masa yang sama. Orang yang tidak mempunyai akses diminta untuk mendapatkan akses (menerusi langganan atau percubaan percuma, jika tersedia).
Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti mereka (termasuk Apple Watch Ultra) untuk memainkan atau menjedakan latihan.
Untuk menamatkan latihan sebelum ia selesai, ketik X di penjuru kiri atas skrin iPhone atau iPad. Pada Apple Watch Ultra, leret ke kanan, kemudian ketik Tamat.
Untuk mengetahui cara menghantar latihan anda daripada peranti lain ke Apple TV, lihat Berlatih bersama-sama menggunakan SharePlay pada Apple TV dalam Panduan Pengguna Apple TV.