Susun semula app pada Apple Watch Ultra
Susun semula app anda dalam paparan grid
Pada Apple Watch Ultra anda, tekan Digital Crown untuk pergi ke Skrin Utama.
Jika skrin dalam paparan senarai, sentuh dan tahan Skrin Utama, kemudian ketik Paparan Grid. Atau buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, ketik Paparan App, kemudian ketik Paparan Grid.
Sentuh dan tahan app, kemudian ketik Edit App.
Seret app ke lokasi baharu.
Tekan Digital Crown apabila anda selesai.
Atau buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Paparan App, kemudian ketik Susunan. Sentuh dan tahan ikon app, kemudian seretnya ke lokasi baharu.
Nota: Dalam paparan senarai, app sentiasa disusun dalam urutan abjad.
Keluarkan app daripada Apple Watch Ultra
Sentuh dan tahan Skrin Utama, ketik Edit App, kemudian ketik X untuk mengeluarkan app daripada Apple Watch Ultra anda. Ia kekal terpasang pada iPhone berpasangan anda, melainkan anda memadamnya dari sana juga.
Dalam paparan senarai, anda juga boleh meleret kiri app, kemudian ketik untuk mengeluarkannya daripada Apple Watch Ultra anda.
Jika anda mengeluarkan app daripada iPhone anda, app tersebut juga dipadamkan daripada Apple Watch Ultra anda. Jika anda mahu memulihkan app, termasuk app Apple terbina dalam, anda boleh memuat turunnya daripada App Store pada iPhone atau Apple Watch Ultra anda.
Nota: Bukan semua app boleh dikeluarkan daripada Apple Watch Ultra anda.
Laraskan seting app
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian skrol ke bawah untuk melihat app yang anda pasang.
Ketik app untuk menukar seting.
Sesetengah pengehadan yang anda setkan pada iPhone anda dalam Seting > Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi juga mempengaruhi Apple Watch Ultra anda. Contohnya, jika anda menyahdayakan Kamera pada iPhone anda, ikon Kawalan Jauh Kamera dikeluarkan daripada Skrin Utama Apple Watch Ultra.
Semak storan yang digunakan oleh app
Anda boleh mengetahui cara ruang storan digunakan pada Apple Watch Ultra anda—jumlah storan yang digunakan, baki yang tinggal dan jumlah storan yang digunakan oleh setiap app.
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Pergi ke Umum > Storan.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Storan.