Buka app pada Apple Watch Ultra
Skrin Utama membolehkan anda membuka sebarang app pada Apple Watch Ultra anda. Dock memberikan anda akses cepat kepada app yang anda paling kerap gunakan. Anda boleh menambah sehingga 10 app ke Dock untuk akses mudah kepada app kegemaran anda.
Paparkan app anda pada grid atau dalam senarai
Skrin Utama boleh memaparkan app dalam paparan grid atau senarai. Untuk memilih satu, ikuti langkah ini:
Sentuh dan tahan Skrin Utama.
Pilih Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Buka app daripada Skrin Utama
Cara anda membuka app bergantung pada paparan yang anda pilih.
Paparan grid: Ketik ikon app. Jika anda sedang melihat Skrin Utama, anda boleh memutar Digital Crown untuk membuka app yang berada di tengah paparan.
Paparan senarai: Putar Digital Crown, kemudian ketik app.
Untuk kembali ke Skrin Utama daripada app, tekan Digital Crown sekali, kemudian tekan sekali lagi untuk bertukar kepada muka jam (atau, dalam paparan grid, ketik pada Skrin Utama).
Untuk membuka app terakhir yang anda gunakan dengan cepat semasa melihat app lain atau muka jam, dwiklik Digital Crown.
Gunakan butang Tindakan pada Apple Watch Ultra
Butang Tindakan memberikan kawalan fizikal pantas untuk memulakan pelbagai jenis fungsi. Sebagai contoh, tekan butang Tindakan di sebelah kiri Apple Watch Ultra untuk membuka app dan mencetuskan ciri yang bersesuaian dengan aktiviti kegemaran. Anda juga boleh menetapkan Pintasan Siri pada butang Tindakan.
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik Butang Tindakan, kemudian ketik Tindakan untuk memilih tindakan, seperti Latihan, Backtrack atau Selam.
Ketik <, kemudian pilih pilihan lain, jika tersedia.
Sebagai contoh, jika anda memilih Latihan, ketik < untuk kembali ke senarai tindakan, kemudian ketik Pertama Kali Tekan bagi memilih latihan khusus untuk dilancarkan apabila menekan butang Tindakan.
Sesetengah app melaksanakan tindakan tambahan apabila anda menekan butang Tindakan dan sisi pada masa yang sama. Sebagai contoh, jika anda menyediakan butang Tindakan untuk memulakan jam randik, tekan kedua-dua butang untuk menjedakan.
Buka app daripada Dock
Tekan butang sisi, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol menerusi app dalam Dock.
Ketik app untuk membukanya.
Pilih app yang kelihatan dalam Dock
Anda boleh pilih untuk menunjukkan app terbaharu digunakan dalam Dock atau sehingga 10 app kegemaran anda.
Lihat app terbaharu digunakan: Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, ketik Dock, kemudian ketik Terbaharu. App digunakan baru-baru ini kelihatan di bahagian atas Dock dengan app lain di bawah, dalam tertib terakhir app dibuka.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Dock, kemudian ketik Terbaharu.
Lihat app kegemaran anda: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Dock. Pilih Kegemaran, ketik Edit, kemudian ketik bersebelahan app yang anda mahu tambah. Seret untuk menukar tertibnya. Ketik Selesai apabila anda selesai.
Keluarkan app daripada Dock: Tekan butang sisi, kemudian putar Digital Crown ke app yang anda mahu keluarkan. Leret ke kiri pada app, kemudian ketik X.
Bertukar daripada Dock kepada Skrin Utama: Skrol ke bahagian bawah Dock, kemudian ketik Semua App.
Nota: App yang sedang menjalankan sesi—sesi navigasi Peta atau sesi Latihan, contohnya—kelihatan di bahagian atas senarai app, tanpa mengira sama ada anda memilih untuk menunjukkan Terbaharu atau Kegemaran.