Ikon status Apple Watch Ultra
Ikon status di bahagian atas skrin memberikan anda maklumat tentang Apple Watch Ultra anda.
Ikon status | Apakah maksudnya | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Anda mempunyai pemberitahuan belum dibaca. Leret ke bawah pada muka jam untuk membacanya. | |||||||||||
Apple Watch Ultra sedang mengecas. | |||||||||||
Bateri Apple Watch Ultra rendah. | |||||||||||
Mod Kuasa Rendah diaktifkan. | |||||||||||
Apple Watch Ultra dikunci. Ketik untuk masukkan kod laluan dan buka kunci. | |||||||||||
Kunci Air diaktifkan dan skrin tidak bertindak balas kepada ketikan. Tekan dan tahan Digital Crown untuk membuka kunci. | |||||||||||
Jangan Ganggu diaktifkan. Panggilan dan isyarat tidak akan bunyi atau cahayakan skrin, tetapi penggera masih akan berkesan. | |||||||||||
Fokus Peribadi diaktifkan. | |||||||||||
Fokus Bekerja diaktifkan. | |||||||||||
Fokus Tidur diaktifkan. | |||||||||||
Mod pesawat diaktifkan. Wayarles dinyahaktifkan tetapi ciri bukan wayarles masih tersedia. | |||||||||||
Mod pawagam diaktifkan. Apple Watch Ultra disenyapkan dan paparan tidak akan menyala apabila anda mengangkat tangan anda. | |||||||||||
Anda mempunyai latihan sedang berlangsung. Untuk menamatkan latihan, lihat Tamatkan dan semak latihan anda pada Apple Watch Ultra. | |||||||||||
Apple Watch Ultra telah terputus sambungan ke rangkaian selular. Lihat Gunakan Apple Watch Ultra dengan rangkaian selular. | |||||||||||
Apple Watch Ultra telah terputus sambungan dengan iPhone berpasangannya. Ini berlaku apabila Apple Watch Ultra tidak berada hampir dengan iPhone, atau apabila mod pesawat didayakan pada iPhone. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda tidak bersambung atau berpasangan dengan iPhone anda. | |||||||||||
Apple Watch Ultra bersambung ke iPhone berpasangannya. | |||||||||||
App pada Apple Watch Ultra sedang menggunakan perkhidmatan lokasi. | |||||||||||
Apple Watch Ultra bersambung ke rangkaian Wi-Fi dikenali. | |||||||||||
Terdapat aktiviti wayarles atau proses aktif sedang terjadi. | |||||||||||
Mikrofon aktif. | |||||||||||
Apple Watch Ultra bersambung ke rangkaian selular. Bilangan bar hijau menandakan kekuatan isyarat. | |||||||||||
Anda menjadikan diri anda tersedia untuk dicapai pada Walkie Talkie. Ketik ikon untuk membuka app Walkie Talkie. |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Ikon status dan simbol pada Apple Watch.