Langgan Apple Fitness+
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple Fitness+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One Premier. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple Fitness+ dan Apple One Premier tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Apple Media Services.
Dapatkan app Kecergasan
Untuk menggunakan Apple Fitness+, anda memerlukan app Kecergasan pada iPhone, iPad, atau Apple TV anda. Jika anda tidak mempunyai app Kecergasan pada peranti, anda boleh memuat turunnya daripada App Store.
Langgan Apple Fitness+
Buka app Kecergasan pada iPhone, iPad, atau Apple TV anda. Kemudian, jika anda berada pada iPhone anda, ketik Fitness+.
Pilih butang percubaan percuma, kemudian ikut arahan atas skrin untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan mengesahkan langganan anda.
Batalkan langganan Apple Fitness+ anda
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Buka app Kecergasan, kemudian, jika anda berada pada iPhone anda, ketik Ringkasan. Ketik gambar profil anda, ketik [nama akaun], kemudian ketik Apple Fitness+.
Pada Apple TV: Buka app Seting, pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama akaun] > Langganan, kemudian pilih Apple Fitness+.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Jika anda melanggan Apple Fitness+ sebagai sebahagian daripada langganan Apple One Premier dan mahu membatalkan langganan anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara membatalkan langganan daripada Apple.
Kongsi langganan Apple Fitness+ anda dengan Perkongsian Keluarga
Apabila anda melanggan Apple Fitness+ atau Apple One Premier, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga tidak perlu melakukan apa-apa—Apple Fitness+ tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Kecergasan selepas langganan anda bermula, selagi mereka mempunyai Apple Watch Series 3 atau lebih baharu. Jika ahli keluarga mempunyai Apple Watch, tetapi tiada iPhone (kerana Apple Watch mereka disediakan oleh ahli keluarga), mereka masih boleh menggunakan Apple Fitness+ dengan Apple TV atau dengan iPad.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan Apple Fitness+ anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh mengeluarkan ahli daripada kumpulan Perkongsian Keluarga. Lihat Tambah atau keluarkan ahli Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.