Mulakan latihan pada Apple Watch Ultra
Mulakan latihan
Buka app Latihan pada Apple Watch Ultra anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Ketik Tambah Latihan di bahagian bawah skrin untuk sesi seperti tinju tendang atau meluncur.
Apabila anda bersedia untuk pergi, ketik latihan.
Semasa anda menggunakan app dan memilih latihan, susunan latihan mencerminkan keutamaan anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis latihan yang anda boleh buat dengan Apple Watch Ultra, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Jenis Latihan.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Mulakan larian 30 minit.”
“Pergi berjalan 5 kilometer”
“Mulakan tunggangan basikal 300 kalori”
Mulakan latihan dengan butang Tindakan
Anda juga boleh menetapkan latihan kegemaran dengan mudah pada butang Tindakan.
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik butang Tindakan, ketik Tindakan, ketik Latihan, kemudian ketik < untuk kembali ke senarai tindakan.
Ketik Pertama Kali Tekan, kemudian pilih latihan.
20 latihan yang terbaru dilengkapkan atau dicipta kelihatan dalam senarai latihan.
Apabila anda bersedia untuk memulakan latihan anda, tekan butang Tindakan.
Tekan butang Tindakan dan Sisi pada masa yang sama untuk menjeda latihan.
Setkan kadar untuk latihan larian luar
Pilih kadar sasaran untuk larian luar dan Apple Watch Ultra anda menunjukkan jika anda melebihi atau ketinggalan daripada kadar tersebut.
Buka app Latihan pada Apple Watch Ultra anda.
Putar Digital Crown untuk skrol ke Larian Luar, kemudian ketik .
Ketik Cipta Latihan, kemudian ketik Penjarak.
Laraskan jarak—contohnya, 5 batu—kemudian ketik Seterusnya.
Laraskan masa sasaran untuk berlari jarak tersebut, kemudian ketik Selesai.
Semasa larian, Apple Watch Ultra anda menunjukkan purata kadar anda dan kadar semasa anda dan graf yang menunjukkan sama ada anda melebihi atau ketinggalan daripada kadar pilihan anda.
Apple Watch Ultra anda mengingati kadar sasaran anda merentas latihan. Untuk menukarnya, pilih Larian Luar, ketik , ketik dalam jubin Penjarak, ketik Jarak • Masa, kemudian edit jarak dan masa.
Gunakan Laluan Perlumbaan untuk menandingi masa terakhir atau terbaik anda
Apabila berlari atau berbasikal pada laluan yang anda sering gunakan, anda boleh berlumba mengatasi masa terakhir atau terbaik anda. Laluan dijana secara automatik dan tersedia kepada anda selepas anda mengulang laluan yang sama dengan hampir tiada sisihan untuk sekurang-kurangnya dua kali atau lebih.
Buka app Latihan pada Apple Watch anda.
Ketik bersebelahan latihan Larian Luar atau Berbasikal Luar.
Ketik jubin Laluan Berlumba, kemudian pilih Terakhir atau Terbaik Peribadi.
Semasa latihan, Apple Watch anda menunjukkan jarak anda ke hadapan atau ketinggalan berbanding laluan yang anda berlumba serta baki jarak. Jika anda menyimpang daripada laluan, “Teruskan dengan Laluan” kelihatan pada skrin sehingga anda kembali ke laluan asal.
Laluan Perlumbaan yang tersedia kelihatan sebagai latihan dicadangkan apabila anda dekat dengan titik permulaan pada laluan yang anda berlari sebelum ini. Anda boleh melihat semua laluan tersedia dengan mengetik Dicadangkan, kemudian memilih Laluan.
Gabungkan berbilang aktiviti dalam satu latihan
Buka app Latihan pada Apple Watch Ultra anda.
Mulakan latihan pertama anda—contohnya larian luar.
Apabila anda bersedia untuk memulakan aktiviti lain—contohnya menunggang basikal—leret ke kanan, ketik , kemudian pilih latihan.
Apabila anda menyelesaikan semua aktiviti anda, leret ke kanan, kemudian ketik Tamat.
Putar Digital Crown untuk skrol menerusi ringkasan keputusan.
Skrol ke bawah dan ketik Selesai untuk menyimpan latihan.
Petua: Apabila anda melakukan latihan luar, anda boleh meninggalkan iPhone anda di rumah—GPS terbina dalam memberi anda pengukuran jarak yang tepat.
Cipta latihan Berbilang Sukan
Dalam latihan Berbilang Sukan, anda boleh menggabungkan latihan larian, berbasikal dan berenang dan Apple Watch Ultra mengenal pasti secara automatik apabila anda bertukar antara latihan.
Buka app Latihan pada Apple Watch Ultra anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika ini merupakan latihan berbilang sukan pertama anda: Ketik latihan Berbilang Sukan, kemudian ketik Cipta Latihan.
Jika anda telah melakukan latihan berbilang sukan sebelum ini: Ketik , kemudian ketik Cipta Latihan.
Ketik Tambah, kemudian ketik aktiviti—contohnya, Larian Luar.
Teruskan menambah aktiviti dengan mengetik Tabah untuk setiap aktiviti.
Apabila anda menambah semua aktiviti, ketik setiap satu untuk mengkonfigurasikan isyarat yang anda terima dan tertib aktiviti.
Anda juga boleh menyeret aktiviti untuk menyusun semula aktiviti.
Ketik Paparan Latihan untuk memilih metrik yang anda lihat untuk setiap aktiviti.
Ketik Tanpa Tajuk di bawah Tajuk Tersuai, kemudian masukkan nama untuk latihan anda.
Ketik Transisi untuk memilih transisi automatik atau manual antara setiap aktiviti.
Ketik Cipta Latihan untuk menyimpan latihan.
Apabila anda sedia untuk memulakan latihan berbilang sukan, buka app Latihan, skrol ke latihan Berbilang Sukan, ketik , kemudian ketik latihan.
Untuk memadamkan latihan Berbilang Sukan, ketik dalam jubin latihan Berbilang Sukan, ketik bersebelahan latihan yang anda mahu padamkan, skrol ke bawah, ketik Padam Latihan, kemudian ketik Padam.
Laraskan Apple Watch Ultra semasa latihan
Apple Watch Ultra anda boleh menjadi pasangan yang aktif walaupun semasa latihan anda. Semasa berlatih anda boleh melakukan yang berikut:
Semak kemajuan anda: Angkat pergelangan anda untuk melihat statistik latihan anda, termasuk gelang pelengkapan matlamat anda, masa berlalu, purata kadar, jarak yang dilalui, kalori dibakar dan kadar jantung. (Tiada gelang matlamat jika anda tidak setkan matlamat.) Putar Digital Crown untuk melihat Paparan Latihan tambahan, yang boleh menyertakan Segmen, Kuasa dan Ketinggian. Anda juga boleh menerima maklum balas suara untuk isyarat penting dan kemajuan terhadap gelung Aktiviti anda. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Maklum Balas Suara, buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, ketik Latihan, kemudian ketik Maklum Balas Suara.
Jeda dan teruskan latihan: Untuk menjeda latihan pada bila-bila masa, tekan butang sisi dan Digital Crown pada masa yang sama. Untuk semua latihan kecuali latihan renang, anda juga boleh leret ke kanan pada skrin latihan, kemudian ketik Jeda. Untuk menyambung, ketik Teruskan.
Tandakan segmen latihan anda: Dwiketik paparan untuk menunjukkan segmen latihan anda. Anda melihat statistik untuk segmen tersebut buat seketika. Untuk melihat semua statistik segmen anda selepas latihan, buka app Kecergasan pada iPhone anda, ketik Latihan, ketik latihan, kemudian skrol ke bawah.
Berhibur sambil berlatih: Semasa latihan, leret ke kiri ke skrin Kini Dimainkan untuk memilih muzik dan kawal kelantangan pada fon kepala Bluetooth anda. Untuk memilih senarai main yang dimainkan secara automatik semasa anda memulakan latihan, buka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ketik Jam Saya. Ketik Latihan, ketik Senarai Main Latihan, kemudian pilih senarai main. Lihat Tambah senarai main latihan ke Apple Watch Ultra.
Nota: Muzik atau audio lain yang anda dengar semasa anda mulakan latihan akan terus dimainkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Berlatih dengan Apple Watch anda.