Baharu dalam VoiceOver pada Mac
macOS Sequoia menawarkan ciri baharu untuk memberikan anda kawalan yang lebih banyak semasa menggunakan Mac dengan VoiceOver.
Rotor Bahasa kini dipanggil rotor Suara. Gunakan rotor Suara untuk bertukar antara suara, tanpa mengira bahasa. VoiceOver juga menawarkan suara baharu untuk bahasa Arab, Cina, Inggeris, Ibrani, Jepun dan Korea.
Lihat Tukar suara VoiceOver.
Kategori Pemerintah dalam Utiliti VoiceOver kini dipanggil kategori Perintah. Anda boleh menggunakannya untuk menyesuaikan perintah yang anda gunakan bagi mengawal VoiceOver. Anda boleh menyesuaikan perintah yang anda gunakan dengan pengubah suai VoiceOver, serta perintah yang anda gunakan dengan kekunci Pad Angka, kekunci Option, Nav Cepat atau gerak isyarat trackpad.
Lihat Sesuaikan perintah kekunci dan gerak isyarat trackpad untuk VoiceOver.
Apabila anda berinteraksi dengan kandungan tersarang, anda kadangkala perlu menekan VO-Shift-Anak Panah Bawah berbilang kali untuk mencari, sebagai contoh, kumpulan yang berada dalam kumpulan lain. Apabila anda selesai meneroka kandungan tersarang dalam app, anda kini boleh menekan VO-Shift-Escape untuk melompat ke paras atas app, dan bukannya perlu menekan VO-Shift-Anak Panah Atas berbilang kali.
Lihat Kawal Mac anda menggunakan perintah papan kekunci dengan VoiceOver.
Anda kini boleh memulakan VoiceOver dalam Mod Pemulihan supaya anda boleh menggunakan VoiceOver dengan seting lalai buat sementara waktu. Ini berguna jika anda menukar seting tanpa sengaja dan VoiceOver tidak lagi berfungsi seperti yang anda jangka. Dalam Mod Pemulihan, anda boleh menggunakan Utiliti VoiceOver untuk menukar seting mengikut keperluan atau memulihkan seting VoiceOver kepada seting lalai.
Jika Mac anda mempunyai trackpad terbina dalam, anda kini boleh mengesetkan pilihan untuk menyahdayakannya apabila VoiceOver diaktifkan. Ini mungkin berguna jika anda mahu mengelak daripada melakukan gerak isyarat tanpa sengaja pada trackpad.
VoiceOver menawarkan tutorial interaktif yang direka bentuk.
VoiceOver menawarkan sokongan untuk dua bahasa tambahan—Kazakh dan Lithuania.
Lihat artikel Sokongan Apple Bahasa yang disokong oleh VoiceOver.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)