Baru dalam VoiceOver pada Mac
VoiceOver dalam macOS Big Sur menawarkan ciri baru untuk memberikan anda kawalan yang lebih banyak ketika menggunakan Mac.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Anda boleh membuka Pusat Pemberitahuan dengan menekan VO-O. Lihat Gunakan VoiceOver untuk menavigasi Pusat Pemberitahuan.
Dalam kategori Pengecaman VoiceOver baru dalam Utiliti VoiceOver, anda boleh mendayakan VoiceOver untuk menerangkan imej dalam app dan pada tapak web menggunakan kepintaran pada peranti untuk meningkatkan kebolehcapaian. Untuk mendengar perihalan, tekan VO-Shift-L apabila kursor VoiceOver berada pada imej dalam app atau pada tapak web.
Dalam anak tetingkap Pengumuman pada kategori Berjala dalam Utiliti VoiceOver, anda boleh mengesetkan pilihan untuk menjadikan VoiceOver mengumumkan apabila dialog sistem dipaparkan pada skrin. Anda boleh menavigasi ke dialog sistem terbuka menggunakan Pemilih Tetingkap.
Dalam anak tetingkap Terjemahan pada kategori Braille dalam Utiliti VoiceOver, anda boleh memilih mod berbeza untuk menunjukkan mod output dan input braille. Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan output menggunakan enam titik dan taip input menggunakan lapan titik.
Jika anda menggunakan lebih daripada satu bahasa pada Mac, anda kini boleh menggunakan rotor untuk bertukar antara jadual braille mengikut keperluan dengan cepat. Gunakan anak tetingkap Terjemahan daripada kategori Braille dalam Utiliti VoiceOver untuk menambah jadual untuk ditunjukkan dalam rotor. Untuk menukar jadual dengan cepat, tekan VO-Command-Shift-Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar Jadual Braille.
Apabila menggunakan paparan braille, VoiceOver kini boleh maju secara automatik ke baris seterusnya apabila menyorot. Anda boleh menetapkan perintah Togol Maju Auto Aktif atau Tak Aktif kepada papan kekunci pada paparan braille anda. Dalam anak tetingkap Tataletak pada kategori Braille dalam Utiliti VoiceOver, anda boleh mengesetkan pilihan untuk mengawal tempoh VoiceOver menunggu sebelum maju ke baris seterusnya secara automatik.
Apabila anda mendayakan Kawalan Suara pada Mac, anda boleh menggunakan suara anda, berbanding papan kekunci anda, untuk melaksanakan sesetengah perintah VoiceOver. Lihat Gunakan VoiceOver dengan Kawalan Suara.