Baharu dalam VoiceOver pada Mac
VoiceOver dalam macOS Sonoma menawarkan ciri baharu untuk memberikan anda kawalan yang lebih banyak semasa menggunakan Mac.
Bertukar antara seting kumpulan VoiceOver yang disesuaikan secara automatik berdasarkan konteks perkara yang anda sedang lakukan dalam app.
Lihat Gunakan aktiviti VoiceOver.
Apabila anda membolehkan VoiceOver menunjukkan inden peneraju, anda boleh menyesuaikan bilangan ruang per inden. Ini berguna semasa membaca dan menulis kod pemprograman.
Apabila anda menggunakan suara Siri dengan VoiceOver, ia kedengaran lebih semula jadi dan penuh perasaan semasa bercakap dengan cepat.
Lihat Tukar seting suara VoiceOver.
VoiceOver tidak lagi membezakan antara tempat tetingkap dan titik web. Anda boleh menggunakan tempat tetingkap untuk menavigasi tetingkap app dan halaman web dengan cepat.
Lihat Gunakan tempat tetingkap VoiceOver untuk menavigasi tetingkap app dan halaman web.
VoiceOver menawarkan peningkatan kepada Quick Nav, yang membolehkan anda menavigasi hanya menggunakan kekunci anak panah atau menggunakan kekunci tunggal (berbanding gabungan kekunci).
Lihat Gunakan VoiceOver Quick Nav dalam app dan halaman web.
Anda boleh menyambungkan paparan braille boleh segar semula dua dimensi dengan Mac anda.
VoiceOver boleh menggunakan Kod Nemeth untuk mewakili persamaan matematik dalam braille.
Anda boleh menetapkan kekunci fungsi papan kekunci (F1, F2 dan seterusnya) kepada kekunci pada paparan braille anda.
Lihat Tetapkan perintah VoiceOver pada Mac anda ke kekunci paparan braille.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)