Gunakan VoiceOver untuk skrol ke kandungan pada Mac
Anda boleh skrol ke kandungan menggunakan perintah VoiceOver atau gerak isyarat VoiceOver.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Gunakan perintah VoiceOver
Untuk mula mengskrol, tekan VO-Shift-S.
Anda tidak boleh menggunakan perintah VoiceOver lain semasa anda mengskrol.
Skrol kandungan. Jika anda mendengar kesan bunyi, anda tidak boleh skrol lebih jauh.
Skrol ke atas dan ke bawah, atau kiri dan kanan: Tekan kekunci anah panah.
Skrol satu halaman pada satu masa: Tekan kekunci Halaman Atas atau Halaman Bawah untuk skrol secara menegak. Tekan Shift-Halaman Atas atau Shift-Halaman Bawah untuk skrol secara mendatar.
Untuk berhenti menskrol, tekan kekunci Escape atau Fn-Tab.
Gunakan gerak isyarat VoiceOver
Skrol satu halaman pada satu masa: Kuis ke atas, bawah, kiri, atau kanan dengan tiga jari.
Dengar jumlah halaman atau baris yang dapat dilihat pada halaman semasa: Ketik tiga jari. VoiceOver bercakap sesuatu seperti “Halaman 4 dari 15 dan halaman Melintang 1 dari 2.”
Dalam anak tetingkap Pemerintah Trackpad dari Utiliti VoiceOver, anda boleh memilih kotak semak untuk menskrol kandungan (bukan bar skrol) ke bawah atau ke atas. Biasanya apabila anda menggerakkan bar skrol ke bawah atau ke atas, kandungan bergerak dalam arah yang bertentangan. Apabila pilihan ini dipilih, kandungan bergerak dalam arah yang sama anda mengskrol.
Apabila anda berinteraksi dengan kandungan, kursor VoiceOver secara automatik skrol sambil ia menavigasi kandungan.