Gunakan VoiceOver Nav Cepat dalam app dan halaman web pada Mac
Dengan VoiceOver pada Mac, anda boleh menggunakan Nav Cepat untuk menavigasi hanya menggunakan kekunci anak panah dan rotor Nav Cepat atau menggunakan kekunci tunggal (dan bukannya gabungan kekunci).
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Aktifkan atau nyahaktifkan Nav Cepat
Aktifkan atau nyahaktifkan Nav Cepat kekunci anak panah: Tekan VO-Shift-Q.
Aktifkan atau nyahaktifkan Nav Cepat kekunci tunggal: Tekan VO-Q.
Anda juga boleh mengesetkan pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Nav Cepat kekunci anak panah, Nav Cepat kekunci tunggal, atau kedua-duanya apabila anda menekan kekunci Anak Panah Kiri dan Anak Panah Kanan pada masa yang sama. Tekan VO-Fn-F8 untuk membuka Utiliti VoiceOver, klik kategori Perintah, kemudian klik menu timbul “Kekunci anak panah kiri dan kanan” dan pilih pilihan.
Navigasi menggunakan kekunci anak panah
Dengan Nav Cepat kekunci anak panah aktif, anda boleh menavigasi menggunakan hanya kekunci anak panah (tanpa pengubah suai VO). Untuk menavigasi sesetengah item, seperti senarai kandungan dengan aras berbeza, anda mesti berinteraksi dengannya dahulu.
Bergerak di sekeliling skrin: Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan.
Laksanakan tindakan lalai pada item dalam kursor VoiceOver: Tekan Anak Panah Bawah dan Anak Panah Atas pada masa yang sama.
Mula berinteraksi dengan item: Tekan Anak Panah Kanan dan Anak Panah Kiri pada masa yang sama.
Berhenti berinteraksi dengan item: Tekan kekunci Anak Panah Kiri dan Anak Panah Bawah pada masa yang sama.
Navigasi menggunakan kekunci tunggal
Dengan Nav Cepat kekunci tunggal aktif, anda boleh menekan kekunci tunggal untuk menavigasi. Sebagai contoh, tekan b atau B untuk pergi ke butang seterusnya atau sebelumnya, atau tekan 1 atau ! untuk pergi ke Pengepala 1 seterusnya atau sebelumnya.
Anda boleh melihat dan menukar penetapan kekunci tunggal lalai, serta menambah penetapan anda sendiri. Lihat Sesuaikan perintah kekunci dan gerak isyarat trackpad untuk VoiceOver.
Navigasi app dan halaman web menggunakan rotor Nav Cepat
Dengan Nav Cepat kekunci anak panah aktif, anda boleh menggunakan rotor Nav Cepat untuk menavigasi item menggunakan kategori yang berasaskan konteks semasa. Sebagai contoh, dalam mesej Mail, anda boleh menggunakan rotor Nav Cepat untuk navigasi mesej mengikut ayat, untuk beralih antara pengepala dan isi mesej, atau untuk beralih antara mesej.
Buka rotor Nav Cepat: Tekan Anak Panah Kiri-Anak Panah Atas atau Anak Panah Kanan-Anak Panah Atas.
Pergi ke kategori seterusnya (seperti Aksara): Tekan Anak Panah Kanan-Anak Panah Atas.
Pergi ke kategori sebelumnya (seperti Pemilih Kandungan): Tekan Anak Panah Kiri-Anak Panah Atas.
Navigasi item dalam kategori semasa: Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah. Kursor VoiceOver bergerak sambil anda menavigasi item.
Kategori Pemilih Kandungan sangat berguna terutamanya untuk mempratonton mesej dalam Mail. Apabila kursor VoiceOver dalam pratonton mesej, tekan kekunci Nav Cepat untuk pergi ke kategori Pemilih Kandungan, kemudian tekan Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah. Kursor VoiceOver kekal dalam pratonton mesej sambil anda bergerak ke atas dan ke bawah dalam senarai mesej, menjadikan ia mungkin untuk mendengar mesej e-mel tanpa perlu menavigasi terlebih dahulu kepadanya.
Apabila Nav Cepat diaktifkan, kekunci anak panah Nav Cepat dan perintah kekunci tunggal disertakan dalam menu Perintah. Lihat Cari perintah VoiceOver.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)