Tukar seting Bahasa Berjela VoiceOver (tab Pengekodan) dalam Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan tab Pengekodan kategori Bahasa Berjela dalam Utiliti VoiceOver untuk menyesuaikan cara VoiceOver mengumumkan kod dan maklumat penyahpepijatan dalam editor kod anda.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk mengaktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-Fn-F8.
Untuk menavigasi tab berbeza dalam Bahasa Berjela, tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan selepas anda mendengar “Bahasa Berjela” sehingga anda mendengar seting yang anda mahu edit—seperti Pengekodan.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pilihan | Perihalan |
|---|---|
Umumkan nombor baris | Pilih Sentiasa, Jangan atau Semasa Melompat. |
Apabila menemui ralat | Pilih Mainkan Nada, Sebutkan Teks, atau Jangan Buat Apa-apa. |
Apabila menemui amaran | Pilih Mainkan Nada, Sebutkan Teks, atau Jangan Buat Apa-apa. |
Apabila menemui titik putus | Pilih Mainkan Nada, Sebutkan Teks, atau Jangan Buat Apa-apa. |
Apabila menemui pembilang program | Pilih Mainkan Nada, Sebutkan Teks, atau Jangan Buat Apa-apa. |
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)