Perintah carian VoiceOver pada Mac
Gunakan perintah carian VoiceOver untuk laksanakan tindakan seperti mencari atribut teks, grafik, kawalan dan item lain dalam dokumen teks dan halaman web. VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Nota: Secara lalai, apabila anda menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12) dalam perintah VoiceOver, anda juga mesti menekan kekunci Fn. Bergantung pada Mac, anda boleh menukar kelakuan ini supaya anda tidak perlu menekan kekunci Fn. Lihat Tukar kelakuan kekunci fungsi untuk VoiceOver.
Anda juga boleh memasukkan perintah VoiceOver yang menggunakan kekunci fungsi dengan menggunakan kekunci Fn dan kekunci nombor dan bukannya kekunci Fn dan kekunci fungsi. Sebagai contoh, untuk membuka Utiliti VoiceOver, anda boleh menekan VO-Fn-8 (berbanding VO-Fn-F8).
Tindakan | Perintah |
---|---|
Cari | VO-F |
Buka menu Perintah Carian | VO-Shift-F |
Cari teks dicari seterusnya | VO-G |
Cari teks dicari sebelumnya | VO-Shift-G |
Cari senarai seterusnya | VO-Command-X |
Cari senarai sebelumnya | VO-Command-Shift-X |
Cari teks tebal seterusnya | VO-Command-B |
Cari teks tebal sebelumnya | VO-Command-Shift-B |
Cari perubahan gaya seterusnya | VO-Command-C |
Cari perubahan gaya sebelumnya | VO-Command-Shift-C |
Cari teks italik seterusnya | VO-Command-I |
Cari teks italik sebelumnya | VO-Command-Shift-I |
Cari perubahan warna seterusnya | VO-Command-I |
Cari perubahan warna sebelumnya | VO-Command-Shift-K |
Cari perubahan fon seterusnya | VO-Command-O |
Cari perubahan fon sebelumnya | VO-Command-Shift-O |
Cari jadual seterusnya | VO-Command-T |
Cari jadual sebelumnya | VO-Command-Shift-T |
Cari teks bergaris bawah seterusnya | VO-Command-U |
Cari teks bergaris bawah sebelumnya | VO-Command-Shift-U |
Cari kawalan seterusnya | VO-Command-J |
Cari kawalan sebelumnya | VO-Command-Shift-J |
Cari item berlainan seterusnya | VO-Command-D |
Cari item berlainan sebelumnya | VO-Command-Shift-D |
Cari item seterusnya yang mempunyai jenis yang sama dengan item semasa | VO-Command-S |
Cari item sebelumnya yang mempunyai jenis yang sama dengan item semasa | VO-Command-Shift-S |
Cari grafik seterusnya | VO-Command-G |
Cari grafik sebelumnya | VO-Command-Shift-G |
Cari pengepala seterusnya | VO-Command-H |
Cari pengepala sebelumnya | VO-Command-Shift-H |
Cari pautan seterusnya | VO-Command-L |
Cari pautan sebelumnya | VO-Command-Shift-L |
Cari pengepala seterusnya pada aras yang sama | VO-Command-M |
Cari pengepala sebelumnya pada aras yang sama | VO-Command-Shift-M |
Cari teks biasa seterusnya | VO-Command-P |
Cari teks biasa sebelumnya | VO-Command-Shift-P |
Cari pautan dilawati seterusnya | VO-Command-V |
Cari pautan dilawati sebelumnya | VO-Command-Shift-V |
Cari perkataan tersalah eja seterusnya | VO-Command-E |
Cari perkataan tersalah eja sebelumnya | VO-Command-Shift-E |
Cari petikan blok seterusnya | VO-Command-Q |
Cari petikan blok sebelumnya | VO-Command-Shift-Q |
Cari petikan blok seterusnya pada aras yang sama | VO-Command-W |
Cari petikan blok sebelumnya pada aras yang sama | VO-Command-Shift-W |
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)