Gunakan VoiceOver untuk dengar kemajuan atau perubahan status pada Mac
Secara lalai, VoiceOver mengumumkan apabila bar kemajuan atau teks status dalam kursor VoiceOver berubah. Sebagai contoh, semasa memasang perisian, anda mungkin mendengar “Pemasangan 45 peratus siap” atau anda mungkin mendengar bunyi berdetik.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Anda boleh menukar pilihan untuk teks status ketika anda bekerja menggunakan rotor.
Untuk membuka rotor Berjela, tekan VO-V.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “apabila status berubah” dan seting semasa.
Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar seting yang anda mahu.
Untuk menutup rotor, tekan kekunci Escape atau Fn-Tab.
Anda boleh memilih bagaimana perubahan diumumkan, atau menyahaktifkan perubahan, dalam anak tetingkap Pengumuman dari kategori Berjela dalam Utiliti VoiceOver.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Jika anda menggunakan keutamaan mudah alih pada komputer tetamu apabila anda menukar seting status, seting disimpan ke keutamaan pemacu mudah alih dan bukan ke komputer tetamu.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)