Tukar suara VoiceOver pada Mac
Tukar suara percakapan lalai yang digunakan oleh VoiceOver, menambah suara tambahan (termasuk suara untuk bahasa lain) dan melaraskan seting suara seperti kadar atau pic percakapan.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Laraskan suara semasa
Apabila VoiceOver diaktifkan, anda boleh melaraskan seting seperti kadar percakapan, pic dan kelantangan suara atau bertukar ke suara lain yang anda telah tambah.
Tekan dan tahan VO-Command-Shift, tekan kekunci Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar seting yang anda mahu laraskan, kemudian tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah untuk melaraskan seting.
Lepaskan kekunci untuk menggunakan seting baharu.
Anda juga boleh melaraskan suara VoiceOver anda dalam Utiliti VoiceOver. Pergi ke Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8), klik kategori Pertuturan, kemudian klik Suara. Klik nama suara VoiceOver utama anda untuk melaraskan setingnya. Atau klik menu timbul bersebelahan suara tambahan, kemudian pilih Edit.
Tukar suara utama
Anda boleh menukar suara yang VoiceOver gunakan secara lalai.
Pergi ke Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver aktif).
Klik kategori Pertuturan, kemudian klik Suara.
Klik nama suara utama, kemudian klik Suara.
Klik untuk mendengar sampel suara, kemudian klik suara untuk menambahnya. Jika suara belum dimuat turun ke Mac anda, klik , kemudian klik suara apabila muat turun selesai.
Untuk melaraskan seting untuk suara, lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan cara suara berbunyi: Seret gelangsar Kadar, Pic atau Kelantangan.
Pulihkan seting lalai suara: Klik Reset Seting Suara.
Klik Selesai.
Tambah suara tambahan
Anda boleh menambah suara VoiceOver tambahan dan menggunakan rotor Suara untuk bertukar antara suara mengikut keperluan. Anda boleh menambah berbilang suara untuk bahasa yang sama atau menambah suara untuk bahasa lain.
Nota: VoiceOver tidak tersedia dalam semua bahasa. Lihat artikel Sokongan Apple Bahasa yang disokong oleh VoiceOver.
Pergi ke Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver aktif).
Klik kategori Pertuturan, kemudian klik Suara.
Klik , kemudian klik bahasa dalam bar sisi.
Klik untuk mendengar sampel suara, kemudian klik suara untuk menambahnya. Jika suara belum dimuat turun ke Mac anda, klik , kemudian klik suara apabila muat turun selesai.
Untuk melaraskan seting untuk suara, lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan cara suara berbunyi: Seret gelangsar Kadar, Pic atau Kelantangan.
Pulihkan seting lalai suara: Klik Reset Seting Suara.
Klik Selesai.
Untuk bertukar antara suara menggunakan rotor Suara, tekan dan tahan VO-Command-Shift, tekan kekunci Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar Suara, kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar suara yang anda mahu. Lepaskan kekunci untuk bertukar ke suara tersebut.
Apabila anda memasang suara yang serasi dengan macOS, ia dipasang di /Pustaka/Pertuturan/Suara supaya tersedia kepada semua pengguna Mac anda.
Jika anda menggunakan keutamaan mudah alih VoiceOver pada komputer tetamu apabila anda menukar seting suara, seting disimpan pada keutamaan pemacu mudah alih dan bukan ke komputer tetamu.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)