Tukar perkara yang rotor VoiceOver tunjukkan pada Mac
Tukar rotor VoiceOver untuk menyenaraikan hanya item yang anda kerap gunakan untuk melayari halaman web, seperti pautan atau jadual.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pergi ke Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver aktif).
Klik kategori Web, kemudian klik Rotor Web.
Pilih kotak semak bagi setiap item untuk dimasukkan ke dalam rotor VoiceOver apabila melihat halaman web. Untuk menukar susunan item pada rotor VoiceOver, pilih item, kemudian tekan Command-Anak Panah Atas atau Command-Anak Panah Bawah.
Item yang anda masukkan dalam rotor VoiceOver menentukan butiran bertutur VoiceOver dalam ringkasan halaman web. Lihat Dengar VoiceOver meringkaskan halaman web.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)