Tukar seting Pengecaman VoiceOver dalam Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan kategori Pengecaman VoiceOver dalam Utiliti VoiceOver untuk menjadikan VoiceOver menerangkan imej dalam app dan pada tapak web menggunakan kecerdasan pada peranti untuk meningkatkan kebolehcapaian. Anda boleh memuat turun bahasa untuk mendengar perihalan imej dalam bahasa lain.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk mengaktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-Fn-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pilihan | Perihalan |
|---|---|
Mod Pada Peranti | VoiceOver boleh menerangkan imej dalam app dan di tapak web. Tekan VO-Shift-L apabila kursor VO berada di atas imej untuk mendengar perihalan. Secara lalai, perihalan imej menggunakan Apple Intelligence,* yang memberikan hasil paling terperinci. Jika anda memilih untuk mengekalkan pemprosesan imej pada peranti anda keseluruhannya, pilih kotak semak Mod Pada Peranti. Kali pertama anda mengaktifkan Mod Pada Peranti, anda akan memerlukan sambungan internet untuk memuat turun fail sokongan. Nota: Mengaktifkan Mod Pada Peranti mungkin menyebabkan perihalan imej kurang terperinci. Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan. Penting: Anda tidak patut bergantung pada Pengecaman VoiceOver dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, untuk navigasi atau diagnosis, atau rawatan sebarang keadaan perubatan. |
Muat Turun Bahasa Tambahan | Muat turun bahasa lain untuk VoiceOver bagi digunakan mengikut keperluan apabila ia menerangkan imej menggunakan kecerdasan pada peranti. Pilih bahasa dalam senarai, kemudian klik Muat Turun. Untuk mengeluarkan bahasa yang anda muat turun, klik Keluarkan. Untuk memproses terjemahan pada Mac anda, pilih Mod Pada Peranti. Terjemahan pada peranti mungkin lebih cepat tetapi kurang tepat berbanding semasa diproses menggunakan pelayan Apple. Nota: Mana-mana bahasa yang anda muat turun untuk terjemahan menggunakan seting Bahasa & Rantau tersedia bagi perihalan imej. Lihat Tukar seting Bahasa Rantau. |
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)