
Sesuaikan bahasa berjela dalam VoiceOver pada Mac
Secara lalai, VoiceOver menyediakan aras tinggi butiran terperinci untuk membantu pengguna Mac dan VoiceOver yang baru.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pergi ke Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver aktif).
Klik kategori Bahasa Berjela, kemudian klik Pertuturan atau Braille (jika anda menggunakan paparan braille yang boleh segar semula).
Nota: Untuk menavigasi tab berbeza dalam Bahasa Berjela, tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan selepas anda mendengar “Bahasa Berjela” sehingga anda mendengar seting yang anda mahu edit—seperti Pertuturan atau Braille.
Pilih seting lalai yang berlainan dan aras bahasa berjela untuk kawalan tertentu, seperti kotak semak atau kawasan skrol.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)