
Gunakan VoiceOver semasa berkongsi skrin anda dengan Mac lain
Anda boleh menggunakan VoiceOver apabila anda mengawal Mac lain dalam Apple Remote Desktop atau app Perkongsian Skrin. Apabila anda menggunakan VoiceOver semasa berkongsi skrin anda, VoiceOver didayakan buat sementara pada peranti jauh—seting asalnya dipulihkan apabila perkongsian skrin tamat. Secara lalai, VoiceOver tidak akan membuat bunyi atau menunjukkan visual pada peranti jauh dan VoiceOver turut menukar picnya supaya anda boleh mengetahui sama ada anda berinteraksi dengan peranti jauh atau peranti setempat anda.
Jika anda menggunakan VoiceOver pada peranti setempat anda, anda akan digesa secara automatik untuk mendayakan seting Kebolehcapaian pada peranti jauh apabila perkongsian skrin bermula. Selepas didayakan, gunakan VoiceOver untuk menavigasi ke skrin dikongsi, kemudian berinteraksi dengannya seperti anda berinteraksi dengan jadual atau kumpulan dengan menekan VO+Shift+Anak Panah Bawah.
Nota: Anda boleh membuat perubahan pada seting kebolehcapaian anda pada bila-bila masa: Pilih Paparan, kemudian pilih Kebolehcapaian.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)