
Tukar seting Bahasa Berjela VoiceOver (tab Braille) dalam Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan tab Braille kategori Bahasa Berjela dalam Utiliti VoiceOver untuk menentukan aras bahasa berjela apabila menggunakan paparan braille boleh segar semula.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk mengaktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-Fn-F8.
Untuk menavigasi tab berbeza dalam Bahasa Berjela, tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan selepas anda mendengar “Berjela” sehingga anda mendengar seting yang anda mahu edit—seperti Braille.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Pilihan | Perihalan |
|---|---|
Bahasa Berjela Braille Lalai | Pilih aras bahasa berjela lalai—Tinggi, Sederhana, atau Rendah—untuk item pada skrin. |
Butang pilihan tambahan | Paparkan senarai kawalan yang anda boleh setkan aras bahasa berjela secara individu. Untuk mengesetkan aras Bahasa Berjela, pilih kawalan dalam senarai, klik menu timbul Bahasa Berjela, kemudian pilih paras (Lalai, Rendah, Sederhana, atau Tinggi). Untuk menyesuaikan atau menyusun semula maklumat VoiceOver yang diberikan (sebagai contoh, untuk mendengar Status dahulu), pilih Khusus dari kawalan menu timbul bahasa berjela, kemudian ikuti arahan atas skrin. |
Untuk menggunakan rotor bahasa berjela untuk menukar aras bahasa berjela lalai semasa bekerja, tekan VO-V.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)