
Perintah dan gerak isyarat VoiceOver pada Mac
Dengan VoiceOver, anda mempunyai pilihan perintah dan gerak isyarat untuk pelbagai tindakan, daripada navigasi hingga mencari.
- Perintah umum: Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver, kunci pengubah suai VO, buka VoiceOver Utility, tukar kadar dan kelantangan pertuturan, laraskan jumlah butiran yang disebutkan dan dapatkan petua dan bantuan. 
- Perintah interaksi: Berinteraksi dengan kawalan, bekerja dalam jadual, gerakkan atau saiz semula tetingkap dan objek. 
- Perintah orientasi: Dengar ringkasan tentang app dan tetingkap yang terbuka; ketahui di mana terletaknya kursor VoiceOver, penuding tetikus dan fokus papan kekunci; baca kandungan tetingkap; dan selanjutnya. 
- Perintah navigasi: Bergerak ke item dalam tetingkap, bergerak ke desktop atau bar menu, senaraikan semua unsur dalam tetingkap dan kawal penjejakan kursor. 
- Perintah Web: Bergerak ke item web (seperti bingkai dan tempat tetingkap), dengarkan statistik halaman web dan tukar cara anda berinteraksi dengan jadual. 
- Perintah teks: Baca dan edit teks dalam dokumen dan ubah secara sementara bagaimana teks dibaca pada skrin. 
- Perintah carian: Carian untuk atribut teks (seperti huruf tebal atau italik), grafik, kawalan dan item lain. 
- Gerak isyarat standard VoiceOver: Kawal VoiceOver dengan gerak isyarat trackpad. 
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)