Dengar lagu, lihat lirik dan tonton video muzik
Selain daripada mengenal pasti lagu dengan cepat, app Shazam membolehkan anda untuk mendengar lagu anda, melihat lirik diselaraskan masa dan menonton pratonton Apple Music serta video muzik YouTube.
Nota: Untuk mendengar lagu penuh dalam app Shazam dan untuk menonton video pada Apple Music, anda mestilah melanggan Apple Music. Lihat artikel Sokongan Apple Sertai Apple Music.
Dengar lagu dikenal pasti anda
Buka app Shazam , kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Pada Android: Ketik (atau leret ke Pustaka).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan lagu terbaharu anda: Ketik pada lagu dalam Shazam Terbaharu (atau ketik seni kulit atau nama lagu, kemudian ketik dalam skrin trek).
Mainkan lagu dikenal pasti anda sebelumnya: Ketik Shazam (atau Artis pada Android), kemudian ketik Mainkan Semua atau ketik pada lagu.
Ketik untuk menunjukkan Kini Dimainkan; ketik sembunyikan Kini Dimainkan.
Pada iPhone atau iPad, ketik atau untuk menunjukkan atau menyembunyikan lagu akan datang.
Nota: Apabila app Shazam disambungkan ke Spotify, anda hanya boleh mendengar pratonton lagu. Jika app diputuskan sambungan daripada Spotify dan anda masih tidak boleh memainkan lagu penuh pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Media & Apple Music, kemudian aktifkan Shazam.
Lihat lagu dikenal pasti anda
Dalam app Shazam , lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Pada Android: Ketik (atau leret ke Pustaka).
Ketik Shazam, kemudian skrol senarai lagu.
Jika anda mempunyai bilangan lagu yang banyak, seret kawalan yang kelihatan di sebelah kanan skrin untuk beralih menerusi senarai anda dengan cepat. Semasa anda skrol, lagu dipaparkan mengikut tarikh.
Cari lagu dikenal pasti pada iPhone dan iPad
Dalam app Shazam , ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Shazam.
Leret ke bawah di bawah butang Mainkan Semua untuk memaparkan medan carian, kemudian masukkan lagu atau nama artis dalam medan.
Lihat lirik untuk lagu dikenal pasti anda
Anda boleh mengikut bersama dengan lirik diselaraskan masa pada lagu dikenal pasti baharu, atau melihat lirik untuk mana-mana lagu dikenal pasti sebelumnya.
Nota: Lirik tidak tersedia untuk semua lagu.
Dalam app Shazam pada iPhone, iPad, atau Android, lakukan salah satu daripada berikut:
Lihat lirik diselaraskan masa untuk lagu baharu: Sejurus selepas anda mengenal pasti lagu, ketik .
Untuk menyembunyikan lirik, ketik .
Nota: Lirik diselaraskan masa hanya tersedia dengan lagu semasa.
Lihat lirik untuk lagu sebelumnya: Ketik lagu, kemudian ketik .
Tonton video muzik daripada Apple Music dan YouTube
Dalam app Shazam , lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Pada Android: Ketik (atau leret ke Pustaka).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tonton video pada Apple Music: Ketik seni kulit atau nama lagu dikenal pasti, ketik pratonton video (jika tersedia) dalam skrin trek, ketik Video Muzik, kemudian ketik Tonton dalam Apple Music. Apabila video dibuka dalam app Muzik , ketik butang Main.
Nota: Video muzik tidak tersedia untuk semua lagu. Jika anda tidak melihat pratonton video, pastikan Auto Main Video diaktifkan dalam seting app Shazam .
Tonton video YouTube: Ketik seni kulit atau nama lagu dikenal pasti, skrol ke bawah dalam skrin trek ke kategori video, kemudian ketik butang main YouTube.
Lihat butiran lagu
Dalam app Shazam , lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Muzik Saya di bahagian bawah skrin.
Pada Android: Ketik (atau leret ke Pustaka).
Ketik seni kulit lagu atau nama lagu, kemudian skrol untuk melihat tajuk album, label, tarikh keluaran dan banyak lagi.