Schoolwork

Gunakan jenis semakan Tersuai di Schoolwork
Selain jenis semakan yang disediakan oleh Schoolwork, anda boleh mencipta jenis semakan tersuai anda sendiri menggunakan teks, emoji, nombor, huruf dan banyak lagi.
Gunakan jenis semakan Tersuai
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran yang anda ingin mencipta jenis semakan tersuai.
Cari pelajar yang telah menyerahkan kerjanya, kemudian ketik Sedia Untuk Disemak.
Ketik Tersuai dalam anak tetingkap timbul Pilih Cara Anda Menyemak, kemudian ketik
dalam kad semakan.
Ketik menu timbul Item, kemudian pilih bilangan item yang ingin anda cipta.
Masukkan nilai item anda dalam medan "Tambah item 1" hingga "Tambah item x". Contohnya, “Syabas 👏“ dan “Tidak Begitu Baik 😟.”