
Masalah menggunakan Pendaftaran Pengguna dengan Schoolwork
Jika anda menghadapi masalah menggunakan app Schoolwork setelah anda mengkonfigurasi peranti anda dengan Pendaftaran Pengguna menggunakan penyelesaian perkhidmatan pengurusan peranti sekolah anda, cubalah cadangan ini.
Jika peranti dikonfigurasi dengan Pendaftaran Pengguna dan pentadbir IT anda mengeset “Membuka dokumen daripada app yang tidak diurus kepada app yang diurus tidak dibenarkan” pada peranti anda serta peranti pelajar anda, Schoolwork hanya memaparkan fail iCloud Drive untuk Akaun Apple Terurus anda. Anda tidak boleh menambahkan fail daripada akaun peribadi anda kepada tugasan dan pelajar anda tidak boleh menyerahkan fail daripada akaun peribadi mereka.
Schoolwork tidak disokong jika anda memasang Schoolwork daripada App Store, mengkonfigurasi Pendaftaran Pengguna dan pentadbir IT anda menetapkan “Pembukaan dokumen daripada app terurus kepada tidak terurus tidak dibenarkan”. Untuk menggunakan Schoolwork dengan Pendaftaran Pengguna dan sekatan dokumen terurus, minta pentadbir IT anda memasang Schoolwork menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti sekolah anda.
Jika anda tidak boleh mengedit fail iWork dan fail tersebut bukan fail lihat sahaja, sahkan bahawa app iWork dipasang pada peranti anda. Jika app dipasang tetapi pengeditan masih tidak tersedia, peranti anda mungkin disediakan dengan sekatan dokumen terurus yang menghalang Schoolwork daripada mengakses fail. Minta pentadbir IT anda memasang app iWork menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti sekolah anda.
Jika peranti dikonfigurasi dengan Pendaftaran Pengguna dan pentadbir IT anda menetapkan “Pembukaan dokumen daripada app tidak terurus kepada terurus tidak dibenarkan”, minta pentadbir IT anda memasang app yang akan anda gunakan dengan Schoolwork menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti sekolah anda untuk memastikan anda boleh menetapkan aktiviti app dan melihat kemajuan pelajar.