
Baharu dalam keselamatan peribadi
Kemas kini Panduan Pengguna Keselamatan Peribadi
Berikut ialah beberapa ciri dan peningkatan baharu untuk keselamatan peribadi:
Senarai sekat berpusat: Dalam iOS 26, iPadOS 26 atau macOS 26, anda boleh mengurus semua Kenalan Disekat daripada seting Privasi & Keselamatan. Lihat Urus kenalan disekat anda.
Semakan Keselamatan semasa menyekat: Anda boleh menyemak perkara yang dikongsi antara anda dan kenalan yang anda sekat. Lihat Sekat, saring dan tapis komunikasi.
Saring panggilan daripada pengirim tidak dikenali: Dalam iOS 26, iPadOS 26 atau macOS 26, anda boleh menghalang pengirim tidak dikenali daripada menghubungi anda secara terus. Lihat Saring panggilan dan tapis mesej daripada pengirim tidak dikenali.