
Urus perkongsian Aktiviti pada Apple Watch
Jika anda mempunyai Apple Watch dan berkongsi gelung Aktiviti anda dengan seseorang sebelum ini, mereka boleh melihat maklumat tentang tahap aktiviti dan latihan anda. Ia tidak memberikan mereka sebarang maklumat tentang lokasi anda.

Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Gunakan Apple Watch anda untuk berhenti berkongsi
Anda boleh menyembunyikan kemajuan anda, atau berhenti berkongsi aktiviti anda dengan orang tertentu secara keseluruhan, daripada tab Perkongsian dalam app Aktiviti.
Untuk berhenti berkongsi gelung Aktiviti dengan seseorang menggunakan Apple Watch anda.
Buka app Aktiviti
pada Apple Watch anda.
Leret kiri, kemudian putarkan Digital Crown untuk menskrol ke bahagian bawah skrin.
Untuk mengeluarkan seseorang yang anda berkongsi, ketik nama mereka, kemudian ketik Keluarkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat:
Kongsi aktiviti anda daripada Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch
Gunakan iPhone anda untuk berhenti berkongsi
Anda boleh berhenti berkongsi gelung Aktiviti dengan seseorang menggunakan iPhone anda.

Buka app Kecergasan
pada iPhone anda, kemudian ketik Perkongsian.
Ketik orang yang anda berkongsi.
Ketik butang Kongsi di penjuru kanan atas skrin.
Ketik sama ada Keluarkan Rakan atau Sembunyikan Aktiviti saya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat:
Kongsi aktiviti anda daripada Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch