
Kunci atau sembunyikan app pada iPhone anda
Jika anda mahu menunjukkan seseorang sesuatu pada iPhone anda tetapi mahu ketenangan minda bahawa mereka tidak boleh masuk ke app tertentu, anda boleh mengunci atau menyembunyikan app.
Mengunci app: App memerlukan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda untuk dibuka. Maklumat dalam app dikunci tidak akan kelihatan di sesetengah lokasi pada iPhone anda—contohnya, dalam pratonton pemberitahuan, cari, cadangan Siri atau sejarah panggilan anda.
Menyembunyikan app: App dikunci seperti yang diterangkan di atas; ia juga hilang daripada Skrin Utama anda dan dialihkan ke folder Tersembunyi di bahagian bawah Pustaka App. App masih kelihatan di tempat lain pada iPhone anda.
PENTING: Apabila anda mengunci atau menyembunyikan app pada peranti anda, ia hanya dikunci atau disembunyikan pada peranti tersebut. Status dikunci atau tersembunyi app tidak diselaraskan dengan iCloud.
Nota: Kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga tidak boleh mengunci atau menyembunyikan app. Sesiapa sahaja yang berumur 13 hingga 17 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mengunci atau menyembunyikan app, tetapi ibu bapa atau penjaga dalam kumpulan keluarga boleh melihat bahawa app telah dimuat turun dan jumlah masa yang diluangkan, serta mengehadkan akses kepada app menggunakan Masa Skrin. (Umur ini berbeza mengikut negara atau rantau.)

Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Kunci app
Nota: Sesetengah app yang disertakan dengan iPhone tidak boleh dikunci—termasuk Kalkulator, Kamera, Jam, Kenalan, Cari, Peta, Pintasan dan Seting.
Pergi ke Skrin Utama pada iPhone anda, kemudian cari app yang anda mahu kunci.
Sentuh dan tahan ikon app sehingga menu tindakan cepat dibuka.
Ketik Perlukan Face ID (atau Touch ID atau Kod Laluan).
Ketik Perlukan Face ID (atau Touch ID atau Kod Laluan) lagi, kemudian sahkan menggunakan Face ID (atau Touch ID atau kod laluan).
Sembunyikan app
Nota: App yang dipasang dengan iOS 18 atau lebih baharu tidak boleh disembunyikan—hanya app yang anda muat turun secara berasingan boleh disembunyikan.
Pergi ke Skrin Utama pada iPhone anda, kemudian cari app yang anda mahu sembunyikan.
Sentuh dan tahan ikon app sehingga menu tindakan cepat dibuka.
Ketik Perlukan Face ID (atau Touch ID atau Kod Laluan).
Ketik Sembunyikan dan Perlukan Face ID (atau Touch ID atau Kod Laluan) lagi, sahkan menggunakan Face ID (atau Touch ID atau kod laluan), kemudian ketik Sembunyikan App.
Di manakah app tersembunyi kelihatan?
Untuk menggunakan app anda yang tersembunyi, pergi ke Skrin Utama, leret ke kiri melepasi semua halaman Skrin Utama anda untuk pergi ke Pustaka App, ketik folder Tersembunyi, kemudian sahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan.
Terdapat beberapa tempat lain yang anda mungkin dapat melihat nama app tersembunyi:
Seting
> App > App Tersembunyi (memerlukan pengesahan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan)
Seting
> Masa Skrin
Seting
> Bateri > Kesihatan Bateri & Pengecasan
Sejarah pembelian App Store. Lihat artikel Sokongan Apple Sembunyikan pembelian daripada App Store.
Nyahsembunyikan app
Anda boleh berhenti menyembunyikan app supaya anda boleh melihat app tersebut pada Skrin Utama lagi.
Pergi ke Skrin Utama pada iPhone anda.
Leret ke kiri melepasi semua halaman Skrin Utama anda untuk pergi ke Pustaka App.
Ketik folder Tersembunyi di bahagian bawah Pustaka App, kemudian sahkan menggunakan Face ID (atau Touch ID atau kod laluan).
Untuk mengalihkan app keluar daripada folder Tersembunyi, sentuh dan tahan app, ketik Tidak Perlukan Face ID (atau Touch ID atau Kod Laluan), kemudian sahkan menggunakan Face ID (atau Touch ID atau kod laluan).
App kelihatan pada Skrin Utama anda dan berdekatan bahagian atas Pustaka App.