Semak dan keluarkan komputer yang diselaraskan dengan Semakan Keselamatan
Pengguna Semakan Keselamatan (dengan iOS 17 atau lebih baharu) mungkin menerima gesaan untuk menyemak komputer yang diselaraskan. Skrin ini kelihatan apabila Semakan Keselamatan mengesan yang iPhone anda disediakan untuk menyelaras dengan komputer menerusi sambungan Wi-Fi atau fizikal. Sambungan jenis ini boleh digunakan untuk memindahkan data antara iPhone dan komputer, serta membuat sandaran iPhone anda pada komputer. Pemindahan jenis ini berlaku antara peranti dan tidak memerlukan akaun iCloud. Kandungan yang mungkin dipindahkan antara peranti dalam penyelarasan jenis ini termasuk mesej, sejarah pelayaran, foto, fail dan banyak lagi.
Anda boleh menggunakan Semakan Keselamatan untuk menyemak dan mengeluarkan sebarang komputer diselaraskan yang anda tidak kenal. Anda juga mungkin mahu menangkap gambar skrin maklumat komputer sebelum mengeluarkannya. Apabila tersedia, Semakan Keselamatan menyediakan:
Jenis komputer yang peranti diselaraskan, termasuk nama yang telah ditetapkan kepadanya.
Tarikh dan masa penyelarasan disediakan.
Nombor siri komputer.
Nota: Jika anda mengeluarkan komputer yang diselaraskan, penyelarasan masa depan dengan komputer tersebut tidak akan berlaku melainkan penyelarasan dimulakan semula, tetapi maklumat yang dipindahkan sebelumnya akan kekal pada komputer sehingga ia dipadamkan.