
Perkukuhkan peranti anda dengan Mod Penyekatan
Mod Penyekatan ialah perlindungan pilihan ekstrem untuk iPhone, iPad dan Mac dengan iOS 16, iPadOS 16.1, macOS 13 atau lebih baharu yang sepatutnya hanya digunakan jika anda percaya anda mungkin disasarkan secara peribadi oleh serangan siber yang amat sofistikated, seperti syarikat swasta yang membangunkan perisian intip upahan tajaan negara.
Nota: Kebanyakan orang tidak disasarkan oleh serangan jenis ini.

Apabila peranti dalam Mod Penyekatan, ia tidak berfungsi seperti biasa. App, tapak web dan ciri dihadkan secara ketat untuk keselamatan dan sesetengah pengalaman tidak tersedia. Mod Penyekatan termasuk perlindungan yang berikut:
Mesej: Kebanyakan jenis lampiran mesej selain daripada imej adalah disekat. Sesetengah ciri, seperti pratonton pautan, adalah dinyahdayakan.
Pelayaran web: Sesetengah teknologi web rumit, seperti kompilasi JavaScript tepat masa (JIT), dinyahdayakan melainkan pengguna mengecualikan tapak dipercayai daripada Mod Penyekatan.
Perkhidmatan Apple: Jemputan dan permintaan perkhidmatan yang masuk, termasuk panggilan FaceTime, disekat jika sebelum ini pengguna tidak memanggil atau menghantar permintaan kepada pemula.
Sambungan ditambat: Sambungan dengan komputer atau aksesori disekat apabila peranti dikunci.
Profil konfigurasi: Profil konfigurasi tidak boleh dipasang dan peranti tidak dapat mendaftar ke pengurusan peranti mudah alih (MDM) semasa Mod Penyekatan diaktifkan. Namun begitu, sebarang profil MDM yang didayakan sebelum Mod Penyekatan kekal pada peranti.
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Penyekatan
Mod Penyekatan mesti diaktifkan secara berasingan untuk iPhone, iPad dan Mac. Apabila anda mengaktifkan Mod Penyekatan pada iPhone, ia mengaktifkan Mod Penyekatan untuk sebarang Apple Watch dipasangkan dengan watchOS 10 atau lebih baharu. Anda tidak boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Penyekatan secara terus pada Apple Watch.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad anda: Pergi ke Seting
> Privasi & Keselamatan > Mod Penyekatan, ketik Aktifkan Mod Penyekatan, ketik Aktifkan & Mulakan Semula, kemudian masukkan kod laluan peranti anda.
Pada Mac anda: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan
dalam bar sisi, kemudian klik Mod Penyekatan. Klik Aktifkan, kemudian masukkan kata laluan anda jika digesa dan klik Aktifkan & Mulakan Semula.