Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Aksen dan aksara khas
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Cipta kapsyen dalam Pages pada Mac
Anda boleh menggunakan kotak teks untuk menambah kapsyen atau label pada imej, jadual, bentuk atau objek lain.
Klik berhampiran tempat yang anda mahukan kapsyen muncul, kemudian klik dalam bar alat.
Kotak teks muncul pada halaman.
Seret kotak teks ke tempat yang anda mahukannya.
Taipkan kapsyen anda, kemudian saiz semula kotak teks dengan menyeret sebarang pemegang pilihan.
Jika anda tidak nampak pemegang pemilihan, klik di luar kotak, kemudian klik teks sekali.
Klik teks atau kotak teks untuk memilihnya, kemudian dalam bar sisi Format , gayakan teks, kotak teks, atau kedua-duanya:
Tukar rupa teks: Gunakan kawalan fon untuk memilih fon berlainan, tukar saiz fon dan banyak lagi.
Tukar rupa kotak teks: Klik tab Gaya, kemudian klik salah satu gaya kotak teks di bahagian atas bar sisi. Anda boleh menggunakan kawalan lain untuk menukar warna kotak, menambah bayang padanya dan membuat pelarasan lain.
Untuk mengumpulkan kapsyen dengan objek agar ia kekal sama, pilih kapsyen dan objek, klik tab Susun di bahagian atas bar sisi, kemudian klik Kumpulan di bahagian bawah bar sisi.
Untuk mengesetkan cara teks membalut di sekeliling objek dan kapsyen, klik menu timbul Balut Teks berhampiran bahagian atas bar sisi dan pilih pilihan.
Jika anda mahu menggunakan pemformatan yang sama untuk semua kapsyen dalam dokumen, anda boleh mencipta gaya perenggan untuk kapsyen agar anda boleh menggunakan gaya dengan mudah pada semua kapsyen dalam dokumen anda.
Nota: Untuk mengetahui cara menambah kapsyen ke galeri imej, lihat Tambah ke galeri imej.