Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Aksen dan aksara khas
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Tukar rupa teks jadual dalam Pages pada Mac
Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.
Tukar fon, saiz dan warna teks jadual dipilih
Untuk menukar semua teks dalam jadual, pilih jadual; untuk menukar teks dalam sel tertentu, pilih sel.
Dalam bar sisi Format , klik tab Teks.
Klik butang Gaya, kemudian gunakan kawalan teks dalam bahagian Fon untuk menukar fon, saiz, warna atau gaya aksara (seperti tebal atau italik).
Nota: Untuk menggunakan gaya aksara daripada menu timbul Gaya Aksara, pilih teks yang anda mahu tukar sahaja. Anda tidak boleh pilih gaya aksara daripada menu ini jika sel, baris, lajur atau keseluruhan jadual dipilih.
Tukar saiz fon untuk semua teks jadual
Anda boleh meningkatkan atau mengurangkan saiz fon mengikut perkadaran untuk semua teks dalam jadual.
Klik jadual, kemudian dalam bar sisi Format , klik tab Jadual.
Klik butang dalam bahagian Saiz Fon Jadual pada bar sisi.