Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Aksen dan aksara khas
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Cipta senarai secara automatik dalam Pages pada Mac
Pages mengesan apabila anda menaip senarai dan menambahkan beberapa pemformatan asas semasa anda menaip.
Cipta senarai secara automatik
Dalam dokumen anda, tempatkan titik sisipan di tempat yang anda mahukan senarai untuk bermula.
Taipkan sempang, bulet (Option-8), huruf atau nombor diikuti titik dan jarak.
Contohnya 1. atau A. diikuti jarak,
Taipkan item pertama dalam senarai anda, kemudian tekan Return.
Setiap item seterusnya dalam senarai bermula dengan aksara yang sama secara automatik. Nombor dan huruf menaik mengikut turutan.
Untuk menggunakan aksara khas bagi bulet, pilih Edit > Emoji & Simbol (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), kemudian klik aksara daripada menu bulet atau bintang.
Untuk menukar paras inden (hierarki) bagi item dalam senarai, klik mana-mana dalam item, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Alihkan item ke sebelah kanan: Tekan Tab.
Alihkan item ke sebelah kiri: Tekan Shift-Tab.
Untuk menamatkan senarai, tekan Return dua kali atau tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Jika anda tidak mahu Pages mencipta senarai secara automatik, pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda). Klik Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap keutamaan, kemudian nyahpilih kotak semak bersebelahan “Kesan senarai secara automatik”. Seting digunakan pada semua dokumen Pages.