Sediakan halaman bertentangan dalam dokumen Pages pada Mac
Halaman bertentangan (juga dikenali sebagai hamparan dua halaman) selalu digunakan untuk tataletak buku dan juga dokumen dwimuka yang anda mahu cetak. Dokumen yang menggunakan halaman bertentangan boleh mempunyai pengepala, pengaki dan halaman induk berbeza pada halaman bertentangan kiri dan kanan.
Sebelum anda bermula, tentukan sama ada anda bekerja dalam dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman. Dokumen hanya salah satu atau selainnya dan anda menyediakan halaman bertentangan secara berbeza untuk setiap satu.
Sediakan dokumen untuk menggunakan halaman bertentangan
Klik dalam bar alat, kemudian klik tab Dokumen di bahagian atas bar sisi.
Pilih kotak semak Halaman Bertentangan.
Dalam paparan Imej Kecil Halaman, imej kecil halaman disusun semula semasa dua halaman meregang. Jika zum dokumen anda disetkan ke Dua Halaman, halaman kiri dan kanan muncul sebelah menyebelah dalam tetingkap Halaman.
Untuk mengesetkan margin atas, bawah, dalam dan luar, lakukan satu daripada berikut:
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Dalam bahagian Margin Dokumen bar sisi Dokumen , klik anak panah atau masukkan nilai dalam medan.
Dalam dokumen tataletak halaman: Dalam bahagian Margin Pengepala & Pengaki bar sisi Dokumen , klik anak panah atau masukkan nilai dalam medan. (dalam dokumen tataletak halaman, anda mengeset margin pengepala dan pengaki, bukan margin halaman.)
Margin dalam ialah sisi sebarang halaman yang digunakan dalam ikatan. Margin luar ialah pada tepi luaran setiap halaman.
Untuk menggunakan pengepala dan pengaki berbeza untuk halaman bertentangan kiri dan kanan, lakukan satu daripada berikut:
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Klik tab Bahagian di bahagian atas bar sisi Dokumen , kemudian dalam bahagian Pengepala & Pengaki, pilih kotak semak “Halaman kiri dan kanan berlainan”. Jika dokumen anda mempunyai lebih daripada satu bahagian, anda mungkin perlu melakukan ini untuk setiap bahagian.
Dalam dokumen tataletak halaman: Pilih kotak semak “Halaman kiri dan kanan berlainan” di bawah kotak semak Halaman Bertentangan.
Untuk mengetahui cara mengedit pengepala dan pengaki, lihat Tambah dan keluarkan pengepala dan pengaki.