Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Aksen dan aksara khas
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Saiz semula, alihkan atau kunci jadual dalam Pages pada Mac
Saiz semula jadual
Mensaiz semula jadual menjadikan jadual lebih besar atau lebih kecil; ia tidak menukar bilangan baris dan lajur yang terkandung dalamnya.
Klik jadual, kemudian klik di penjuru kiri atas.
Seret sebarang segi empat putih pada pinggir jadual untuk menjadikan jadual lebih besar atau kecil.
Saiz semula baris dan lajur dengan serentak: Seret segi empat putih dalam penjuru.
Saiz semula jadual secara berkadaran: Shift-seret segi empat putih di penjuru.
Alihkan jadual
Klik jadual, kemudian seret di penjuru kiri atas.
Nota: Jika jadual tidak bergerak bebas, ia ,mungkin terset untuk bergerak bersama teks semasa anda menaip. Untuk menukar seting ini, klik jadual; dalam bar sisi Format , klik tab Susun, kemudian klik Kekal di Halaman.
Kunci atau buka kunci jadual
Anda boleh mengunci jadual agar ia tidak boleh diedit, dialihkan atau dipadamkan.
Kunci jadual: Klik jadual, kemudian pilih Susun > Kunci daripada menu Susun di bahagian atas skrin anda.
Buka kunci jadual: Klik jadual, kemudian pilih Susun > Buka Kunci.