Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pilih teks dan letakkan titik sisipan
- Tambah dan gantikan teks
- Salin dan tampal teks
- Cipta senarai secara automatik
- Aksen dan aksara khas
- Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
- Tambah tarikh dan masa
- Tambah persamaan matematik
- Penanda buku dan rujukan silang
- Pautkan ke halaman web, e-mel, atau halaman dalam Pages pada Mac
- Hak Cipta
Tambah bayang atau garis kasar pada teks dalam Pages pada Mac
Anda boleh menambah bayang dan garis kasar kepada teks untuk menyerlahkannya.
Tambah atau keluarkan garis kasar teks
Pilih teks yang anda mahu tukar.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik , kemudian pilih atau nyahpilih kotak semak Garis Kasar.
Jika anda menambah garis kasar, gunakan kawalan untuk menukar jenis garis, warna dan lebarnya.
Petua: Untuk mencipta kesan garis kasar dengan tiada warna di dalam, klik menu timbul Warna Fon di bawah Gaya Aksara, kemudian pilih Tiada Isian.
Tambah atau keluarkan bayang
Pilih teks yang anda mahu tukar.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik , kemudian pilih atau nyahpilih kotak semak Bayang.
Jika anda menambah bayang, laras rupanya menggunakan kawalan berikut:
Kabur: Klik anak panah untuk meningkatkan atau kurangkan ketajaman bayang.
Ofset: Klik anak panah untuk menukar amaun ruang antara teks dan bayang.
Kelegapan: Jadikan bayang lebih atau kurang lutsinar.
Sudut: Seret roda Sudut untuk menukar arah sumber lampu. Anda juga boleh memasukkan nilai dalam medan bersebelahan roda.
Warna: Klik perigi warna kiri untuk memilih warna bagi bayang yang selaras dengan elemen templat lain. Untuk memilih sebarang warna, klik roda warna di sebelah kanan.