Bekerjasama pada dokumen Pages dikongsi pada Mac
Sama ada anda pemilik dokumen dikongsi atau dijemput untuk bekerjasama, selepas anda membuka dokumen, anda boleh melihat editan yang dilakukan orang lain pada masa nyata, sembunyi atau tunjukkan aktiviti pengeditan dan lagi. Bilangan orang yang mengedit atau melihat dokumen (tidak termasuk anda) kelihatan bersebelahan butang Kolaborator dan nama mereka kelihatan dalam senarai peserta.
Terima jemputan untuk bekerjasama
Apabila anda menerima pautan ke dokumen dikongsi, perkara yang berlaku apabila anda klik pautan bergantung kepada akses dan keizinan yang disetkan oleh pemilik, Pages dan versi macOS dipasang pada komputer anda dan sama ada anda mendaftar masuk ke iCloud.
Klik pautan dalam e-mel, mesej, atau siaran yang anda terima.
Jika diminta, daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID atau ikuti sebarang arahan yang muncul.
Dokumen dibuka berdasarkan yang berikut:
Pada Mac: Dokumen dibuka dalam Pages untuk Mac atau dalam Pages untuk iCloud, bergantung pada sama ada iCloud disediakan pada Mac anda dan anda mendaftar masuk, tempat anda mengklik pautan (sebagai contoh, dalam Mail pada Mac anda atau pada halaman web); dan sama ada anda mempunyai macOS Mojave 10.14 atau lebih baru dan Pages 8.2 atau lebih baru pada komputer anda.
Di iCloud.com pada komputer Mac atau Windows: Jika anda telah mendaftar masuk ke iCloud.com dalam pelayar web, dokumen dibuka dalam Pages untuk iCloud dan ditambah ke pengurus dokumen dan iCloud Drive anda.
Pada iPhone dengan iOS 12 atau lebih baru dan Pages 5.2 atau lebih baru: Dokumen dibuka dalam Pages pada iPhone anda dan ditambah ke pengurus dokumen anda.
Pada iPad dengan iOS 12 atau iPadOS dan Pages 5.2 atau lebih baru: Dokumen dibuka dalam Pages pada iPad anda dan ditambah ke pengurus dokumen. Jika anda tidak memasang Pages pada iPad anda, dokumen akan dibuka dalam Pages untuk iCloud dalam pelayar web.
Pada peranti Android, atau peranti tanpa iOS 12 atau lebih baru atau iPadOS dan Pages 5.2 atau lebih baru: Dokumen dibuka dalam pelayar di mana anda boleh melihat tetapi tidak boleh mengeditnya.
Jika anda menghadapi masalah menerima jemputan, pastikan anda memenuhi keperluan minimum sistem untuk bekerjasama.
Bekerjasama pada dokumen dikongsi
Buka dokumen dikongsi.
Jika anda membuka dokumen sebelum ini, carinya dalam folder Pages iCloud Drive. Jika anda tidak melihat dokumen, klik pautan dalam e-mel, mesej, atau siaran yang anda terima dan jika disuruh, daftar masuk.
Jika anda tidak boleh membuka dokumen, lihat “Terima jemputan untuk bekerjasama”, di atas.
Edit dokumen.
Pengeditan yang anda dan yang lain lakukan pada dokumen muncul pada masa nyata Kursor berwarna dan pilihan berwarna teks dan objek menunjukkan tempat orang lain sedang mengedit. Gerakkan penuding ke kursor untuk melihat siapa yang membuat edit.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat orang yang sedang bekerja pada dokumen: Klik dalam bar alat untuk membuka senarai peserta, yang menunjukkan siapa yang telah menyertai dokumen dan siapa yang mengedit atau melihatnya.
Ikut editan seseorang: Klik titik berwarna bersebelahan nama seseorang dalam senarai peserta. Jika anda tidak melihat titik berwarna, orang tersebut sudah membuka dokumen tetapi tidak terlibat secara aktif.
Sembunyikan atau tunjukkan aktiviti (kursor berwarna atau pilihan): Pilih Paparan > Sembunyikan Aktiviti Berkerjasama atau Paparan > Tunjukkan Aktiviti Bekerjasama (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Selesaikan konflik: Jika anda pemilik dokumen dan terdapat konflik, anda akan melihat dialog. Pilih versi mana yang anda ingin simpan; jika anda menyimpan lebih daripada satu, yang terkini kekal dalam versi dikongsi.
Jika anda melihat garis pepenjuru pada butang Kolaborator dalam bar alat, komputer anda berada di luar talian dan anda tidak boleh mengedit dokumen sehingga ia berada dalam talian lagi. Periksa sambungan internet anda dan tunggu untuk komputer anda bersambung semula.
Keluar daripada dokumen dikongsi
Jika anda tidak lagi mahu mempunyai akses ke dokumen yang dikongsi dengan anda, anda boleh keluarkan diri anda daripada senarai peserta.
Klik dalam bar alat.
Gerakkan penuding ke atas nama anda, klik tiga titik yang muncul, kemudian pilih Keluarkan Saya.
Mengeluarkan nama anda daripada senarai peserta mengeluarkan dokumen tersebut daripada iCloud Drive anda. Jika anda ingin mengakses dokumen tersebut lagi kemudian, anda boleh gunakan pautan asal untuk membukanya.
Nota: Tidak semua ciri Pages tersedia untuk dokumen yang dikongsikan dengan orang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote untuk mendapatkan maklumat.