daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID

Dokumen dikongsi disimpan dalam iCloud dan untuk mengaksesnya anda mesti mendaftar masuk ke iCloud dengan apple ID anda.

Jika anda pernah membeli sesuatu daripada iTunes Store, App Store, app Apple TV, atau Kedai Buku, anda mempunyai Apple ID. Jika anda tidak ingat Apple ID anda, atau anda tidak mempunyainya, klik satu daripada pautan di bawah medan daftar masuk iCloud untuk mencipta Apple ID atau mengambil Apple ID atau kata laluan anda.

Lakukan salah satu daripada yang berikut untuk mendaftar masuk ke iCloud:

  • Pada Mac: Pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.

  • Pada iPhone atau iPad: Pada skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik iCloud.

  • Pada web: Pergi ke iCloud.com.

  • Pada komputer Windows: Dalam Windows 7 atau lebih baru, klik app iCloud atau jubin pada skrin Mula, atau pilih iCloud daripada menu Mula.

Jika anda tidak boleh membuka dokumen, kemungkinan alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menjemput anda tidak dikaitkan dengan Apple ID anda. Daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID anda, kemudian ikuti arahan untuk mengesahkan alamat e-mel atau nombor telefon anda dan kaitkannya dengan Apple ID anda. Selepas ini, daftar masuk ke iCloud menggunakan alamat e-mel utama atau nombor telefon yang dikaitkan dengan Apple ID anda.

Nota: Jika anda tidak mahu mengaitkan alamat e-mel lain dengan Apple ID, anda boleh meminta pemilik dokumen dikongsi untuk menjemput anda lagi menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda.