![](https://help.apple.com/assets/5CDC4123680CE2F0697C9FF4/5CDC417A680CE2471B7CEA76/ms_MY/8d5729f96684e2f48433ca8e089c6be9.png)
Tukar paparan dokumen dalam Pages pada Mac
Anda boleh menukar paparan halaman untuk melihat lebih atau kurang butiran semasa anda menyelesaikan dokumen anda.
Zum masuk atau keluar pada dokumen
Anda boleh memperbesarkan (zum masuk) atau mengurangkan (zum keluar) pandangan keseluruhan dokumen anda. Contohnya, zum masuk untuk memfokus pada penalaan halus peletakan kapsyen atau zum keluar untuk mengusahakan tataletak dokumen anda.
![Menu timbul Zum dengan pilihan untuk melihat satu halaman atau dua halaman di bahagian atas, peratusan daripada 25% ke kurang 400%, serta Muat Lebar dan Muat Halaman di bahagian bawah.](https://help.apple.com/assets/5CDC4123680CE2F0697C9FF4/5CDC417A680CE2471B7CEA76/ms_MY/7279dc0a828dd5d347c2384cabd062d4.png)
Klik menu timbul Zum dalam bar alat.
Pilih pilihan:
Peratusan: Dokumen diperbesarkan atau dikurangkan kepada peratusan tertentu.
Muat Lebar atau Muat Halaman: Apabila Satu Halaman dipilih, Muat Lebar zum halaman untuk mengisi tetingkap dokumen secara mendatar. Muat Halaman menunjukkan seluruh halaman di dalam tetingkap dokumen.
Muat Lebar Halaman atau Muat Regang: Apabila Dua Halaman dipilih, Muat Lebar Halaman zum satu halaman untuk mengisi tetingkap dokumen secara mendatar (skrol secara mendatar untuk melihat kedua-dua halaman dalam regangan). Apabila Muat Regang dipilih, kedua-dua halaman hamparan mengisi tetingkap dokumen secara mendatar.
Setkan paras zum lalai
Secara lalai, dokumen Pages dibuka pada 125 peratus, tetapi anda boleh menukar seting tersebut.
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda).
Klik Umum di bahagian atas tetingkap keutamaan, kemudian klik menu timbul Zum Lalai dan pilih peratusan.
Lihat dokumen dalam skrin penuh
Anda boleh mengembangkan tetingkap Pages agar dokumen anda mengisi keseluruhan skrin komputer.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap Pages.
Pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Untuk melihat bar menu Pages dan kawalan lain, alihkan penuding ke atas skrin.
Untuk kembali ke paparan biasa, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gerakkan penuding ke bahagian atas skrin, kemudian klik butang hijau.
Pilih Paparan > Keluar Skrin Penuh.
Tekan kekunci Esc (Escape) pada papan kekunci anda.
Petua: Apabila anda membuka berbilang dokumen dalam skrin penuh, ia dibuka dalam tab berbanding dalam tetingkap berasingan. Anda bergerak antara dokumen dengan mengklik tab dalam bar tab. Untuk menjadikan semua dokumen dibuka dalam tetingkap berasingan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Dock. Klik menu timbul “Utamakan tab semasa membuka dokumen”, kemudian pilih Secara Manual.
Lihat halaman sebelah-menyebelah
Anda boleh menunjukkan dua halaman sebelah menyebelah semasa anda bekerja. Ini sangat membantu jika dokumen anda menggunakan halaman bertentangan (dengan halaman kiri dan kanan ditentukan).
Klik menu timbul Zum dalam bar alat dan pilih Dua Halaman.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut untuk melaraskan paparan halaman:
Muatkan halaman dalam tetingkap dokumen: Klik menu timbul Zum dan pilih Muat Regang.
Tingkatkan atau kurangkan saiz halaman: Klik menu timbul Zum dan pilih peratusan, atau pilih Muat Lebar Halaman, yang zum satu halaman untuk mengisi tetingkap dokumen secara mendatar.
Bergantung kepada peratusan zum, anda mungkin perlu menskrol dokumen secara mendatar untuk melihat kedua-dua halaman.
Untuk kembali ke paparan satu halaman, klik menu timbul Zum dan pilih Satu Halaman.
Buka dokumen dalam tab
Anda boleh mempunyai lebih daripada satu dokumen Pages terbuka dalam satu masa. Apabila anda mengerjakan berbilang dokumen, ianya membantu untuk membukanya dalam tab berbanding dalam tetingkap berasingan—dengan cara itu, anda bergerak antara hamparan dengan mengklik tab dalam bar tab.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Dock.
Klik menu timbul “Utamakan tab semasa membuka dokumen”, kemudian pilih Sentiasa.
Seting ini digunakan bukan sahaja untuk Pages, tetapi juga untuk dokumen dalam aplikasi lain seperti TextEdit, Numbers dan Keynote.