Tambah, padam dan susun semula halaman dalam Pages pada Mac
Dalam Pages, anda boleh mencipta dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman, namun anda perlu menambah dan menguruskan halaman secara berbeza untuk setiap dokumen. Dalam dokumen pemprosesan perkataan, halaman ditambah secara automatik apabila anda menaip sehingga akhir halaman, tetapi anda juga boleh menambah halaman secara manual. Dalam dokumen tataletak halaman, anda menambah halaman secara manual apabila anda perlu.
Anda juga boleh menduplikasi, memadam dan menyusun semula bahagian (dalam dokumen pemprosesan perkataan) dan halaman (dalam dokumen tataletak halaman) dan menggabungkan dokumen atau mengalihkan kandungan antara dokumen yang sama jenis.
Nota: Sebelum anda memulakan sebarang tugas di bawah, tentukan jenis dokumen yang anda miliki (templat yang anda mulakan direka untuk salah satu jenis dokumen atau yang lain). Untuk melihat jika anda mempunyai dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, klik dalam bar alat, kemudian klik Dokumen. Jika kotak semak Isi Dokumen dipilih, ia adalah dokumen pemprosesan perkataan. Jika kotak semak dinyahpilih, ia adalah dokumen tataletak halaman.
Tambah halaman baru
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Letakkan titik sisipan di tempat yang anda mahu halaman baru untuk ikut, kemudian klik dalam bar alat.
Dalam dokumen tataletak halaman: Klik dalam halaman yang anda mahu halaman baru untuk ikut, kemudian klik dalam bar alat. Halaman kosong ditambahkan secara automatik, atau jika ada halaman induk lain untuk templat, pilih satu yang anda mahu tambah.
Duplikasi halaman
Dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh menduplikasi bahagian, kemudian padamkan sebarang halaman yang anda tidak mahu simpan. Dalam dokumen tataletak halaman, anda boleh menduplikasi halaman individu.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Imej Kecil Halaman.
Pilih imej kecil halaman yang anda mahu duplikasikan, kemudian pilih Edit > Duplikasi Pilihan (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).
Bahagian atau halaman duplikasi ditambah di bawah bahagian asal.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Keluarkan halaman tidak dimahukan dalam bahaigan baru: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, pilih semua teks dan objek pada halaman, kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda. Semasa halaman dikosongkan, ia dikeluarkan.
Alihkan bahagian atau halaman: Dalam bar sisi, pilih bahagian atau halaman yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukannya dalam dokumen. Anda boleh mengalihkan berbilang halaman pada satu masa, namun hanya satu bahagian pada satu masa.
Padam halaman
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Pilih semua teks dan objek pada halaman (atau berbilang halaman), kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda sehingga halaman dikosongkan.
Jika halaman yang anda mahu padamkan ialah halaman kosong, klik pada permulaan halaman seterusnya (untuk memasukkan titik sisipan sebelum teks atau grafik pertama), kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda. Kadangkala halaman kosong mempunyai unsur pemformatan yang anda tidak boleh lihat, seperti pemisah perenggan. Jika anda memadam unsur ini, halaman dipadamkan. Anda juga boleh menunjukkan simbol pemformatan untuk melihat jika ada sesuatu yang tersembunyi.
Dalam dokumen tataletak halaman: Klik dalam bar alat, pilih Imej Kecil Halaman, pilih imej kecil halaman, kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda. Untuk memilih berbilang halaman, tekan kekunci Command semasa anda memilih imej kecil halaman.
Jika anda terpadam halaman dan mahukannya kembali, pilih Edit > Buat Asal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin), atau tekan Command-Z pada papan kekunci anda.
Susun semula halaman dalam dokumen pemprosesan perkataan
Kerana teks mengalir daripada satu halaman ke halaman lain dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda tidak boleh menyusun semula halaman dalam bahagian. Walau bagaimanapun, anda boleh memotong kandungan daripada satu halaman dan menampalnya di halaman lain.
Ini contoh satu cara untuk memotong teks dan objek serta menampalnya ke lokasi berlainan dalam dokumen yang sama:
Klik tempat yang anda mahukan kandungan anda muncul, kemudian klik dalam bar alat.
Ini menambah dua pemisah halaman, yang mencipta halaman kosong yang anda boleh letakkan kandungan yang dialihkan.
Pilih teks yang anda mahu alihkan (termasuk objek disetkan untuk bergerak dengan teks), kemudian pilih Edit > Potong (daripada menu Edit di bahagian atas skrin).
Kandungan dikeluarkan daripada dokumen anda dan salinannya disimpan ke Papan Klip komputer anda. Jika anda membuat kesilapan, tekan Command-Z pada papan kekunci anda untuk membuat asal tindakan.
Klik dalam halaman kosong,kemudian pilih Edit > Tampal.
Jika anda tidak mengalihkan semuanya sekaligus, teruskan memotong dan menampal sehingga semua kandungan berada di tempat yang anda mahukan.
Untuk mengeluarkan pemisah halaman, letakkan titik sisipan sebelum teks yang anda alihkan, kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda.
Jika tindakan ini menyebabkan teks anda bertembung dengan teks sebelumnya, tekan Return pada papan kekunci anda untuk menurunkannya ke baris seterusnya.
Untuk mengeluarkan pemisah halaman kedua, letakkan titik sisipan dengan segera sebelum teks yang mengikut kandungan yang anda alihkan, kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda.
Susun semula halaman dalam dokumen tataletak halaman
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Imej Kecil Halaman.
Pilih imej kecil halaman, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukannya.
Petua: Untuk menyusun semula lebih daripada satu halaman, tekan kekunci Command semasa anda mengklik imej kecil halaman yang anda mahu susun semula, kemudian lepaskan kekunci Command. Control-klik satu imej kecil halaman yang dipilih, kemudian pilih Potong. Control-klik imej kecil halaman yang anda mahu kandungan ikut, kemudian pilih Tampal.
Salin dan tampal halaman antara dokumen
Cara yang cepat untuk menggunakan semula kandungan ialah dengan menyalin bahagian daripada dokumen pemprosesan perkataan ke dokumen lain, atau menyalin halaman daripada satu dokumen tataletak halaman ke dokumen lain (anda juga boleh menyalin dan menampal dalam dokumen yang sama). Anda tidak boleh menyalin bahagian atau halaman antara dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman.
Dalam dokumen di tempat yang anda mahu salin, klik dan pilih Imej Kecil Halaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Salin bahagian dalam dokumen pemprosesan perkataan: Control-klik imej kecil halaman dalam bahagian yang anda salin.
Salin halaman dalam dokumen tataletak halaman: Control-klik imej kecil halaman yang anda salin.
Salin berbilang halaman dalam dokumen tataletak halaman: Tekan Shift atau Command semasa anda mengklik halaman, kemudian Control-klik salah satu halaman dipilih.
Dalam menu pintasan, pilih Salin (atau Potong jika anda mahu mengeluarkan halaman asal).
Buka dokumen di tempat yang anda mahu tampal, kemudian tunjukkan imej kecil halaman.
Control-klik imej kecil halaman yang anda mahu kandungan ditampal ikut, kemudian pilih Tampal.
Dalam dokumen pemprosesan perkataan, bahagian ditampal selepas halaman terakhir bahagian yang anda pilih.
Nota: Anda tidak boleh menampal bahagian atau halaman di permulaan dokumen. Sebaliknya, tampal selepas halaman atau bahagian pertama, kemudian susun semula.
Apabila anda menyalin halaman daripada dokumen yang menggunakan templat permulaan berlainan, atau halaman yang menggunakan halaman induk yang anda cipta sendiri, halaman disalin bersama dengan halaman induk yang berdasarkannya.