bar sisi

Tetingkap Pages mempunyai bar sisi di bahagian kiri dan kanan dokumen. Untuk melihatnya, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Klik butang menu Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Imej Kecil Halaman, Senarai Kandungan, atau Tunjukkan Anak Tetingkap Komen.

  • Klik butang radio Format dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan pemformatan untuk apa-apa sahaja yang dipilih dalam dokumen, seperti teks, bentuk atau carta.

  • Klik butang radio Dokumen dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk memformat dokumen—setkan orientasi dan saiz halaman; setkan margin; dan tambah pengepala, pengaki dan bahagian dokumen.

Nota: Jika bar sisi di bahagian kanan terbuka dan anda klik ikonnya dalam bar alat, bar sisi ditutup.