Tambah nombor halaman dalam Pages pada Mac
Anda boleh menambah nombor halaman ke dokumen anda yang dilaraskan secara automatik apabila halaman ditambah atau dipadamkan.
Tambah nombor halaman dalam pengepala atau pengaki
Gerakkan penuding ke atas bahagian atas atau bawah halaman sehingga anda melihat tiga medan pengepala atau pengaki, kemudian klik satu (anda boleh menggunakan sebarang medan untuk melengkapkan pengepala atau pengaki anda).
Nota: Jika anda masih tidak melihat medan, aktifkan pengepala atau pengaki untuk dokumen (klik dalam bar alat, klik tab Dokumen, kemudian pilih kotak semak Pengepala dan Pengaki).
Klik Masukkan Nombor Halaman, kemudian pilih gaya penomboran.
Nombor yang ditambah adalah berdasarkan halaman tempat anda berada sekarang dan sama ada terdapat bahagian lain dalam dokumen dengan seting nombor yang memberi kesan padanya.
Tambah nombor halaman di luar pengepala atau pengaki
Anda boleh menambah nombor halaman di mana-mana dalam teks isi, atau dalam bentuk, kotak teks, atau sel jadual.
Letakkan titik sisipan dalam teks tempat anda mahu nombor halaman muncul, atau dwiklik dalam bentuk, kotak teks, atau sel jadual.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Pemisah Halaman.
Nombor yang ditambah adalah berdasarkan halaman tempat anda berada sekarang dan sama ada terdapat bahagian atau halaman lain dalam dokumen dengan seting nombor yang memberi kesan padanya.
Setkan nombor permulaan dan gaya nombor
Anda boleh mengesetkan nombor halaman permulaan untuk bahagian dalam dokumen pemprosesan perkataan atau untuk halaman dalam dokumen tataletak halaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Klik di mana-mana dalam halaman untuk bahagian yang anda mahu edit, kemudian dalam bar sisi Dokumen , klik tab Bahagian.
Dalam dokumen tataletak halaman: Klik halaman yang anda mahu edit dalam paparan Imej Kecil Halaman di bahagian kiri, kemudian buka bar sisi Format . Jika anda tidak nampak Tataletak Halaman di bahagian atas bar sisi, pastikan tiada pilihan dipilih pada halaman dan cuba lagi.
Di bawah Nombor Halaman, klik menu timbul Format dan pilih gaya nombor.
Untuk mengesetkan nombor halaman permulaan, pilih satu daripada yang berikut:
“Teruskan daripada bahagian sebelumnya” (untuk dokumen pemprosesan perkataan) atau “Teruskan daripada halaman sebelumnya” (untuk dokumen tataletak halaman).
“Mula pada,” kemudian klik anak panah atas atau bawah untuk mengesetkan nombor permulaan.