Gunakan AirPods dengan Mac anda
Apabila AirPods anda berdekatan dan sedia untuk digunakan dengan Mac, anda boleh menggunakannya untuk mendengar muzik, menggunakan Siri atau menangani panggilan telefon. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AirPods, lihat Panduan Pengguna AirPods.
Pasangkan AirPods anda dengan Mac anda
Dengan AirPods anda di dalam bekas, buka penutupnya.
Tekan dan tahan butang persediaan di belakang bekas atau butang kawalan bunyi (pada AirPods Max sahaja) sehingga cahaya status berkelip putih.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bluetooth dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Bluetooth untuk saya
Petua: Bagi memudahkan untuk menghubungkan AirPods, anda boleh menambahkan manu status Bluetooh atau menu status Bunyi ke bar menu menggunakan seting Pusat Kawalan.
Tahan penuding di atas AirPods anda dalam senarai peranti, kemudian klik Sambung.
Anda boleh menukar seting anda untuk menyambungkan AirPods anda secara automatik atau hanya apabila terakhir disambungkan ke Mac anda. Lihat Tukar apabila AirPods anda bersambung ke Mac anda.
Tukar seting AirPods pada Mac anda
Pakai AirPods anda dan pastikan ia disambungkan ke Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Tukar kawalan untuk AirPods anda. (Pilihan berbeza mengikut model.)
Lihat Tukar seting untuk AirPods (generasi pertama atau ke-2), Tukar seting untuk AirPods (generasi ke-3), Tukar seting untuk AirPods Pro (semua generasi) atau Tukar seting audio untuk AirPods Max dalam Panduan Pengguna AirPods.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AirPods anda, termasuk menggunakan Audio Ruang dan menukar mod kawalan bunyi, lihat Panduan Pengguna AirPods.