Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan PPPoE
Jika anda menggunakan modem DSL atau kabel untuk bersambung ke internet dan ISP anda menggunakan PPPoE, anda perlu memasukkan nama akaun anda dan maklumat lain yang anda terima daripada ISP anda dalam anak tetingkap Rangkaian daripada Keutamaan Sistem.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai sebelah kiri, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih PPPoE.
Klik menu timbul Ethernet, pilih antara muka untuk perkhidmatan PPPoE—Ethernet jika anda bersambung ke rangkaian berwayar atau Wi-Fi jika anda bersambung ke rangkaian wayarles—berikan nama perkhidmatan, kemudian klik Cipta.
Masukkan maklumat yang anda terima daripada ISP anda, seperti nama akaun, kata laluan dan nama perkhidmatan PPPoE, jika pembekal perkhidmatan anda memerlukannya.
Jika anda mahu menggunakan ikon status PPPoE untuk bersambung atau memutuskan sambungan daripada internet, atau untuk membuka keutamaan Rangkaian, pilih “Tunjukkan status PPPoE dalam bar menu”.
Jika perlu, klik Lanjutan untuk mengesetkan pilihan tambahan, seperti maklumat DNS atau pelayan proksi, jika perlu, kemudian klik OK.
Klik Guna.