Tukar seting PPPoE pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting rangkaian PPPoE untuk memasukkan maklumat akaun yang diberikan oleh ISP anda jika anda menggunakan DSL atau modem kabel untuk bersambung ke internet dan ISP anda menggunakan PPPoE.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Rangkaian dalam bar sisi, kemudian pilih perkhidmatan rangkaian PPPoE di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
[nama perkhidmatan] | Nama perkhidmatan rangkaian dan penunjuk status sambungan. Klik Butiran untuk menukar seting untuk perkhidmatan rangkaian. Lihat Seting butang Butiran PPPoE di bawah. | ||||||||||
Sambung | Sambungkan atau putuskan sambungan perkhidmatan PPPoE dipilih. | ||||||||||
Padam Perkhidmatan | Keluarkan perkhidmatan rangkaian. | ||||||||||
Jadikan Tidak Aktif | Nyahaktifkan perkhidmatan rangkaian. |
Seting butang Butiran PPPoE
Klik Butiran untuk menukar seting di bawah.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Nama perkhidmatan rangkaian. Untuk menukar nama, pilih nama, kemudian masukkan nama baharu. | ||||||||||
Nama Perkhidmatan PPPoE | Nama perkhidmatan yang diberikan oleh ISP anda. | ||||||||||
Nama Akaun | Nama akaun. | ||||||||||
Ingat kata laluan | Simpan kata laluan untuk akaun. | ||||||||||
Kata Laluan | Kata laluan untuk akaun. | ||||||||||
TCP/IP | Konfigurasi IPv4 dan IPv6. Lihat Tukar seting TCP/IP. | ||||||||||
DNS | Konfigurasikan pelayan DNS dan domain carian. Lihat Tukar seting DNS. | ||||||||||
WINS | Konfigurasikan seting Perkhidmatan Nama Internet Windows (WINS). Lihat Tukar seting WINS. | ||||||||||
Proksi | Konfigurasi proksi internet. Lihat Tukar seting proksi. | ||||||||||
PPP | Konfigurasi seting PPP. Lihat Seting PPP di bawah. |
Seting PPP
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sambung secara automatik apabila diperlukan | Sambung secara automatik apabila diperlukan. | ||||||||||
Gesa untuk mengekalkan sambungan | Terima pemberitahuan apabila komputer melahu untuk jumlah minit yang ditentukan. | ||||||||||
Gesa setiap n minit | Masukkan bilangan minit untuk ditunggu antara pemberitahuan. | ||||||||||
Putuskan sambungan apabila pengguna log keluar | Tamatkan sambungan apabila anda melog keluar daripada akaun pengguna anda. | ||||||||||
Putuskan sambungan apabila menukar akaun pengguna | Tamatkan sambungan apabila anda bertukar ke akaun pengguna lain. | ||||||||||
Hantar paket gema PPP | Hantar paket gema apabila diperlukan. | ||||||||||
Gunakan pengelogan berjela | Tangkap maklumat log dengan lebih terperinci. |