Tukar seting input bunyi pada Mac
Bergantung pada model Mac anda, mungkin terdapat satu atau dua port bunyi. Jika Mac anda mempunyai port berasingan untuk input dan output bunyi, port input mungkin menggunakan sama ada ikon mikrofon atau ikon input bunyi . Jika Mac anda hanya mempunyai satu port bunyi, ia mungkin mempunyai ikon fon kepala atau tiada ikon langsung. Port bunyi ini menyokong output stereo dan input mono (seperti headset dengan mikrofon terbina dalam).
Anda boleh menggunakan pembesar suara dalaman komputer anda, pembesar suara paparan anda (jika tersedia), atau pembesar suara luaran yang disambungkan ke dalam port bunyi komputer anda.
Buka anak tetingkap Input untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, kemudian klik Input.
Nota: Pilihan yang muncul bergantung pada model Mac anda dan peranti audio yang disambungkan ke Mac anda.
Pilih peranti yang anda mahu gunakan dalam senarai peranti input bunyi.
Semua peranti input bunyi tersedia pada Mac anda yang disenaraikan. Jika paparan anda mempunyai mikrofon dalaman, ia disenaraikan sebagai “Audio Paparan.”
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk melaraskan seting input bunyi anda:
Laraskan kelantangan input: Seret gelangsar kelantangan.
Jika anda merakam bunyi melalui port bunyi komputer, anda boleh melaraskan kelantangan input untuk mengimbangi sumber bunyi yang terlalu kuat atau terlalu perlahan.
Sebagai contoh, jika anda merakam muzik kuat, rendahkan kelantangan input supaya bunyi yang dirakam tidak terlalu kuat atau terganggu. Jika anda merakam seseorang yang bercakap lembut, tingkatkan kelantangan input supaya Mac anda boleh merakam suara orang itu dengan lebih jelas.
Tangkap kurang hingar latar belakang apabila menggunakan mikrofon terbina dalam komputer anda: Pilih “Gunakan pengurangan hingar sekeliling.” Pilihan ini tidak muncul jika format mikrofon terbina dalam 4 saluran dipilih dalam Persediaan MIDI Audio atau pada model Mac dengan cip Apple T2.
Nota: Anda tidak boleh melaraskan kelantangan input untuk peranti input digital dengan menggunakan kawalan komputer anda. Anda mesti selaraskan volum input dari sumbernya, seperti penerima.