Tukar seting input bunyi anda
Jika Mac anda mempunyai port berasingan untuk input dan output, port input bunyi mempunyai ikon mikrofon. Jika Mac anda hanya mempunyai satu port bunyi, ia mempunyai ikon fon kepala () dan boleh digunakan untuk kedua-dua input dan output.
Anda boleh menggunakan pembesar suara dalaman komputer anda, pembesar suara paparan anda (jika tersedia), atau pembesar suara luaran yang anda pasang ke dalam port bunyi komputer anda.
Sebelum anda bermula, buka anak tetingkap Input keutamaan Bunyi (pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, kemudian klik Input).
Buka anak tetingkap Input untuk saya
Pilih peranti input bunyi
Dari senarai peranti input, pilih mana yang anda mahu guna. Semua input bunyi tersedia pada Mac anda yang disenaraikan. Jika paparan anda mempunyai mikrofon dalaman, ia disenaraikan sebagai “Audio Paparan.”
Melaraskan seting input bunyi
Jika anda merakam bunyi melalui port bunyi komputer, anda boleh melaraskan kelantangan input untuk mengimbangi sumber bunyi yang terlalu kuat atau terlalu perlahan.
Sebagai contoh, jika anda merakam muzik kuat, rendahkan kelantangan input supaya bunyi yang dirakam tidak terlalu kuat atau terganggu. Atau jika anda merakam seseorang yang bercakap lembut, tingkatkan kelantangan input supaya Mac anda boleh merakam suara orang itu dengan lebih jelas.
Untuk menangkap kurang hingar latar belakang apabila menggunakan mikrofon terbina dalam komputer anda, pilih “Guna pengurangan hingar sekeliling.” Pilihan ini tidak tersedia jika format mikrofon terbina dalam 4-saluran dipilih dalam Persedian MIDI Audio.
Nota: Anda tidak boleh melaraskan kelantangan input untuk peranti input digital dengan menggunakan kawalan komputer anda. Anda mesti selaraskan volum input dari sumbernya, seperti penerima.